Memang kalau dalam mana-mana kelas pun, saya seorang yang active. Suka bertanya atau kehadapan. Orang lain boleh kata, "mencapub". So, sambil Encik Razak memerikan lecturenya, kami masing-masing tekun mendengar dan memahami kontens yang diberikan. Hingga ke satu slide, di mana di buat sedikit latihan untuk menguji kefahaman kami.
Soalan dia mudah je dan dalam bentuk kiraan. Sejak saya menceburi bidang Remote Sensing ini, saya kurang menggunakan kemahiran mengira saya so, agak karatlah kemahiran tuh. Dulu masa sekolah dan matriks, subjek matematik menjadi antara subjek yang saya suka dan kuasai.
Sebelum slide soalan itu, Encik Razak telah menceritakan tentang macam mana nak kira average scale over variable terrains (permukaan yang tak rata) dan fokus dia memang pada pengiraan average. So bila soalan dikemukan, saya melihat soalan dengan sekali imbas, mengumpul data yang diberikan dan terus menjawab tanpa meniliti dengan baik keseluruhan soalan.
Tap. Siap. memang sekejap. Mudah je bagi saya. So, disebabkan saya telah siap, Encik Razak panggil saya untuk jawab dihadapan. So, dengan bangganya, saya kehadapan dan menjawab dengan sepantas yang mungkin menggunakan congak. Fuh~ hebat. Pantas. Persis.
"Dah siap ke?" tanya Encik Razak.
"Dah!!" dengan konfidennya saya menjawab.
So, selepas saya selesai menjawab, saya kembali ke tempat duduk saya.
Kemudian, semakan dibuat oleh seluruh kelas dan Encik Razak. Dia kembali tanyakan soalan kepada semua, dan masa itu baru saya perasan saya tertinggal lagi 2 soalan. To find Min and Max height. Alamak!! Dah tu, jawapan saya tak beberapa tepat pulak tuh.
Time tuh saya terasa sangat malu dengan tindakan saya. Ya Allah!! Nak buat macam mane, dah buat silap depan umum. Aiseh~ tapi saya menyedari rakan-rakan saya macam biasa jek. Tak de pun yang mempermainkan saya. Mungkin mereka memahami, setiap orang ada buat silap. So , tak pe. Anyway, thanks to them kalau itulah yang mereka fikirkan.
Tapi lepas saya melalui perasaan malu itu, saya meletakkan azzam yang baru, saya tak akan ulangi kesilapan itu. Lepas ini, insya Allah saya akan lebih berhati-hati dengan semangat enthusiastic saya ini dan berhati-hati dengan soalan yang diberikan agar saya tak mengulangi kesilapan yang sama.
So, pengajarannya :
1. Jangan gopoh sangat melakukan sesuatu.
2. Lihat satu perkara itu dengan teliti.
3. Berani kehadapan dan mencuba. Kalau salah, perbaiki di masa akan datang.
4. Bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan suatu urusan.
5. Niat pastikan ikhlas nak bantu orang lain bukan nak menunjuk². (Riak nie....astaghfirullah...saya tak terlari daripada bende nie...susah nak hilangkan....moga² diberi kekuatan untuk atasi...ameen...)
6. Menerima kesilapan dan kelemahan diri secara optimistik dan merubahnya menjadi kebaikan dan kekuatan.
7. Ada yang berminat nak tambah? ......silakan....hehe~ (^__^)
Wallahu'alam.
belum ada.ngaa.classmate nta lebih kenal nta.maybe diorang boleh tambahkan lagi?ngaa.silasila.
ReplyDeleteko kne relax !!!!!
ReplyDeletemengalabah sgt la... adoiii .. !!!
fokus weii... fokus...
hehe... pe nk jd nih... ko byk pk bnde len kot.. (aku rse la) ...
slalu ko mkn kt mne ek, slain relax boss nih ?? aku da 1klej ngan ijan...
:)) yg ke7, polish semua yang dah berkarat. :P maths tu sangat best. haha
ReplyDeleteto +akufobia+:
ReplyDeletemungkin...hoho~
to husna:
lor....ko duk KTDI kaa??
to ain3ra:
hoho~ nak kena wat add math balik kot...huhu~
sedang gelak sorg ble bce post nie sampai penat+senget otak. mgkn sbb penah kne bnde same kt uitm nie..adoyaii~
ReplyDeleteAsim berubah jd monyet ker???
ReplyDeletekuang100x~
lor....dah tak reti bace ke???
ReplyDeletekan dah cakap, SAYA BUKAN MONYET!!! ARGHH!!!
huhu~ saje je...
leklah asim, kita blaja dari ksilapan. lagi banyak wat silap, lagi banyak blaja. insyaAllah.
ReplyDelete