Monday, 6 July 2009

Permulaan~

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah, so semalam baru sahaja kembali daripada KK jam 12 am lebih. Sangat ngantuk dan penat. Tapi penat dan ngantuk tu mungkin tidak setanding dengan pengalaman serta kenikmatan yang dirasa ketika berada di bumi Sabah.

Mana tidaknya, segala kepayahan dan tekanan yang untuk menghadapi sesi baru ini seolah-olah menjadi ringan dan mudah. Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan untuk mencari redhaNya di tempat lain. Sabah mungkin tidak semaju Johor Bahru atau Kuala Lumpur, tapi ia mempunyai kekuatan dan kelebihan yang Allah kurniakan dan insya Allah ia akan terus tersemai dalam memori kecil ku ini.

Walau apa pun, hari ini dah mula semester baru. Jumpa balik rakan-rakan seperjuangan kos yang dah lama tak jumpa. Kelas pun belum start lagi. Al-maklum, hari first. Lecturer mesti nak bagi chan nyer kat kami. huhu~

Tapi peluang ini sasya telah pergunakan dengan baik untuk berbincang dengan rakan-rakan sekos. Bermacam-macam perkara yang telah saya bangkitkan dan yang paling utama tentang projek Conference di Beijing bulan 10 nanti. Fuh~ payah seh nak bentangkan hasil rencana saya ketika cuti. Walau apa pun, kerja sama mereka cukup baik dan perbincangan berjalan dengan lancar, alhamdulillah.

So, di sebabkan semua IPTA kat Malaysia nie officailly starts today (budak² 1st year tak kire, diorg masuk minggu lepas), ingin sekali saya ucapkan selamat berjuang kepada semua sahabat-sahabat untuk semester baru ini. Kebanyakkannya dah masuk tahun yang baru, mana yang dulu tahun 1, sekarang dah jadik tahun 2, and so on. Tanamkan Azzam yang baru, dan gilapkan semula kecemerlangan diri yang terpendam dalam sanubari. May Allah bless us in our effort.

"Bi taufiq Wannajah fil Imtihan"

Wallahu'alam.

1 comment: