Saturday, 11 July 2009

Bila bersama Ikhwah~

بسم الله الرحمن الرحيم



"Macam mana yang di katakan manhaj? Sistem atau jalan?"

"...macam mana kerja kat site...sangat memenatkan..."

"Macam mana nak guna facebook akhi?"

Begitulah suasana di rumah Ikhah, JB. Bila ikhwah-ikhwah berkumpul untuk bersama dalam mendidik diri menjadi individu muslim yang tegar, kehangatan ukhuwah itu sangat di rasa.

Kadangkala bila kita duduk bersama, bermacam-macam perkara yang dibincangkan dari konteks tarbiyyah, perihal universiti, kos, isu-isu semsasa dan bermacam-macam lagi. Dan setiap perbincangan ini bukanlah untuk membuang masa dengan begitu sahaja tapi untuk berkongsi, menyampaikan dan juga merapatkan ukhuwah agar api perjuangan akan terus menyala di hati kami.

Kadang-kadang, ketika saya bersendirian, saya sering merasakan seolah-olah iman itu turun. Seperti tidak bersemangat untuk beramal dan berusaha bersungguh-sungguh. Tapi bila bersama-sama dengan ikhwah, saya seperti merasakan saya mendapat satu kekuatan yang sangat menakjubkan. Begitu indah sekali nikmat ukhuwah yang Allah berikan.

Dan bila firman Allah SWT itu di fahami,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan kebajikan serta saling ingat-mengingati akan kebenaran dan saling ingat-mengingati akan kesabaran." [Al-'Asr : 1-3]
Ia memberikan kami semangat untuk terus beramal dan berkerja dengan bersungguh-sungguh. Inilah yang saya rasakan bila bersama-sama dengan ikhwah. Indahnya Islam yang menitik beratkan persaudaraan. Sabda Nabi SAW;
"Tidak beriman salah seorang daripada kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."
Moga Allah merahmati ukhuwah ini dan terus memberikan kami kekuatan untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi ini.

Wallahu'alam.

5 comments:

  1. hmmm, bagus la mentaliti enta... macamne ek nak dapat kekuatan untuk sentiasa active dalam kelas? Ade tips ka?

    ReplyDelete
  2. huhu~ err...tips?? ana rasa tips tak de kot...sebab macam ana nie, the sense of nak majukan diri tuh kuat, tu yang selalu activekan diri...wl pun kadang2 org selalu cakap blkg pasal kelakuan ana...tapi nak buat cane, itu adalah hak dia bagaimana dia menilai ana...

    tapi tu r, point nyer adalah, semangat membara nak majukan diri...wuhu~

    ReplyDelete
  3. "semangat membara untuk majukan diri"

    nasihat yang baik! Jazakallah...

    ***

    ReplyDelete
  4. haha~ YEAH!!

    Gemuruh Jiwa, Semangat Membara!!

    Dari puncak ingin ke Syurgaaaaa~

    ngeeeeee~

    ReplyDelete