Tuesday, 31 March 2009

Surat daripada Syaitan~



Wahai anak adam,

Aku melihatmu kemarin saat engkau memulai aktiviti harianmu, Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu Bahkan kemudian kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulakan santapanmu juga tidak sempat mengerjakan solat Isya' sebelum berangkat ketempat tidurmu Kau benar2 orang yang "bersyukur".


Aku menyukaimu. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu yang tidak sanggup mengubah cara hidupmu. Hai Bodoh, Kamu millikku. INGAT, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu. Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. ALLAH sudah mencampakkan aku dari syurga dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya.


Kau lihat ALLAH MENYAYANGIMU dan DIA masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menambahkan kemurkaan Allah. ALLAH Aku benar-benar berterima kasih padamu, kerana aku sudah menunjukkan kepada-NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani. Kita tonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, menghakimi orang, menikam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk dan macam2 lagi. Sungguh seronok aku bila bersamamu.


TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama selama-lamanya.


Aku masih memiliki rencana2, bahkan ia takkan habis sehingga hari kiamat. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan 'TERIMA KASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang lain. Ajarkan mereka agar jadi sepertimu juga, jadi orang-orang yang bodoh. Haha~


Selamat tinggal dan semoga kita bertemu di neraka, Haha~


*p/s : Moga kita semua sentiasa di lindungi Allah daripada godaan Syaitan.
"Dan jika kamu di goda oleh syaitan, maka berlindunglah dengan Allah, sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengetahui." [Al-A'raf, 7 : 200]



Teruskan membaca...

Sunday, 29 March 2009

Lukisan Alam~


BISMILLAH

Okeh...so, nie saya saje nak postkan satu lyric nasyid lame...lyric dia sangat memberi erti walaupun banyak kiasan. So kena paham sendiri. Terimalah daripada saya, nasyid daripada Hijjaz, Lukisan 'Alam (anggap macam saya tengah bernasyid kat dalam konsert...huhu~ ;))

Hijjaz - Lukisan Alam

Hidup tidak selalunya indah

Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengaharpkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu..

Wassalam~

Teruskan membaca...

Futsal, oh futsal~

Team futsal hidayah. Dapat 2nd place. Huhu~ naseb bek la team diorg nie ok, kalau tak, haih~

BISMILLAH


Huh~ penatnyer...okeh, so hari ni saya menyertai satu pertandingan futsal sempena Karnival Futsal Isma Johor '09. Err...actually, bukan sebagai peserta, tapi sebagai referee. Macam mane nak type ek? Hmm...asal nyer patut main skali, tapi tah macam mane, team dari UTM macam tak bagi respon n tak muncul2, so apakan daya. Nasib baik laa penganjur tuh bukan nyer org lain...geng2 saya gak, huhu~ so disebabkan mereka kekurangan org untuk membantu, diorg pun offer la jadik ref untuk categori KRIM (Kelab Remaja Isma (remaja la tuh)). Sebab sahabat dah offer, kita terima la.

So for this karnival, ade 2 kategori yang dipertandingkan. Kategori pertama adalah PEMBINA (Persatuan Belia Nasional (Nie line2 belia)) n the next one adalah KRIM yang macam saya cakap kat atas tadi.

Setelah semua peserta tiba, game pun bermula pada jam 9.55 am. Fuh~ at first, mase awal2 game, jadik referee agak mencabar. Kena fokus pada game dan setiap peserta yang pegang bola. Also kena pastikan game dimain dengan baik. Alhamdulillah, the first 2 gmae berjalan dengan baik, tapi setelah itu keadaan semakin tegang dan tertekan. Dalam game yang ke-4, pemain2 dah mule agresif dan bertindak diluar kawalan. Maklumlah, dalam setiap game, keputusan berada ditangan referee, andai referee terlihat atau pun tidak, kata putus pada dia. Kalau ref kate out, maka out. Kalau hand, hand la jadiknyer tapi kena pada tempat dia r bukan main suke2 je cakap. Tapi at some time, bila ref tak nampak, dia pulak kena tengking dan maki hamun oleh pemain. Fuh~ time nie memang kena banyak sabar. Nasib bek iman masih kuat agi time nie.

Bukan satu game je jadik cam nie, actually, sampai dah nak habis liga tu pun makin teruk. Ref siap kena tendang ngan bola lagi tuh. Pastu bila suruh pemain kuar padang, dia tengking2 dan maki hamun, tu belum lagi tambah nak leraikan dua team yang gaduh. Wasuh~ penin2. Memang kena banyak sabar. Tapi sebab nak jage hati setiap pemain, game diteruskan, dan pemain yang menyepak bola kat ref dibenarkan main semula sebab bagi ref peluang.

So, bila game liga dah habis, ref pun tobat tak nak teruskan untuk semi n final. Pertama sebab takut bias, (salah satu kump KRIM yang masuk semi adalah junior sek dulu) then yang kedua nyer adalah sebab menyempurnakan permintaan team yang sepak bola kat ref tuh sebab diorg dapat masuk semi bahkan sampai final, diorg menang lagi tuh. Hmm...Alhamdulillah, tahniah buat mereka.

Apa pun hari nie, sekali pun saya hanya menyertai karnival nie sebagai referee, tapi saya banyak mendapat pengajaran daripada futsal nie. Antaranya adalah, bagaimana mempamerkan akhlak dan attitude seorang dai'e kepada masyarakat yang masih tidak mengenali keindahan Islam itu. Kadang2, er..silap selalunya, seorang dai'e akan sentiasa ditomah dan dihina oleh segelintir masyarakat atas dasar dengki, hasad, amarah dan nafsu tapi bagaimana dengan keimanan tuh boleh menjana kesabaran untuk menghadapai setiap tomahan ini.

Bahkan Rasulullah SAW itu sendiri, seorang Nabi Allah yang tinggi pekertinya, cantik budinya tetap orang cerca dan hina apatah lagi kita yang biase je nie. Tapi Rasulullah SAW sendiri tidak pernah membalas tindakan2 ini dengan senjata atau pun kekerasan bahkan Rasulullah SAW memaafkan mereka dengan sepenuh hati. Hassan Al-Banna kate;
"Kalau orang baling kita dengan batu, kita hadiahkan mereka buah."

Begitu cantik sekali akhlak yang diterapkan oleh Islam kepada ummatnya. Ia membina keperibadian yang sangat luhur dan murni. Ia meningkatkan martabat manusia di sisi Allah hanya dengan kesabaran serta berbuat baik kepada yang lain. Benarlah firman Allah dalam surah Al-'Asr :
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling nasihat-menasihati akan kebenaran dan saling nasihat-menasihati akan kesabaran."

Simple tapi penuh bermakna ayat nie. Di samping tu juga, saya menyedari bahawa tak kira macam mane seorang ref tu, walau macam dia cube berlaku 'adil sekali pun, dia tetap melakukan kesilapan. Akan ade je sudut2 yang dia tak mampu nak tutup dan disebabkan kelemahan dia tu, mungkin ia menjadi penyebab kepada berlaku nya konflik dalam kalangan pemain dan ref sendiri. Nampak la betapa lemahnya manusia nie. Tak kira macam mane baik sekali pun manusia, akan ade kelemahannya yang terdedah. Dan sebab itu juga manusia memerlukan sahabat, teman dan rakan seperjuangan untuk tutup kelemahan dia dan memberikan sokongan dikala ia jatuh.

Akhir sekali, Karnival Futsal nie bukan saje membawa kepada satu pemantapan physical fitness, tapi bagi yang berfikir, ia akan membawa mereka mendekati Allah dan mengerti bagaimana peranan iman dan islam dalam membentuk keperibadian diri seorang muslim. Alhamdulillah, walau pun dipertengahan ade beberape konflik yang berlaku, namun hingga ke akhir, ramai yang bergembira dan seronok dengan permainan masing2. Kalah tetap kalah, menang tetap menang tapi kemenangan yang paling penting adalah kemenangan Iman dan Taqwa. Bagaimana dengan game yang sesimple ini boleh membawa kita mencapai Mardhatillah.

Wallahu'alam, Wassalam. Senyum Sokmo ;)

Teruskan membaca...

Sunday, 22 March 2009

KBI SAMURA~


BISMILLAH

Alhamdulillah, hari nie baru je lepas berprogram dengan budak2 Sains Muar a.k.a SAMURA (Samurai pun boleh juga). Selama 2 hari kami bersama dalam program Keindahan Bersama Islam (KBI) di Kem bina modal insan, sungai rambai, melaka. Cakap pasal SAMURA nie, teringat la plak, a few of my friends pun dulu pernah gak sekolah nie (hmm...a few ke? macam ramai jek). Well, pape pun, program KBI nie lebih kepada pembinaan nuqaba' SAMURA untuk menjadi nuqaba' yang lebih hebat dan proaktif.

Tak sangka dalam banyak2 sekolah sains, SAMURA adalah antara sekolah yang menggunakan sistem usrah dalam membentuk peribadi pelajar. something you don't see everyday. Huhu~ Walau pun sistem usrah mereka lebih kepada mentor-mentee base, tapi tak pe la, yang penting manfaat yang Allah berikan ini, kami, dari KRJ telah menggunakan dengan baik untuk menerangkan mereka tentang konsep usrah yang sebenar dan bagaimana nak kendalikan usrah agar ia betul2 membina individu2 yang menghayati Islam, insya Allah.

Actually, KBI nie bermula hari jumaat petang tapi petang tuh, KRJ muar yang kendalikan dulu program. Saya plak datang pagi sabtu tuh sebab malam jumaat ada urusan dunia yang tak dapat nak dielakkan. Huhu~ So, bole cite cket tentang 2 hari jek from sabtu to ahad only.

Anyway, saya tak nak cite panjang, nak buat rumusan je tentang program.

Alhamdulillah, banyak perkara yang kami berjaya terapkan pada adik2 nie. Antara perkara pokok yang kami selalu highlight adalah konsep usrah yang sebenarnya. Biasenye, rata2 orang yang baru mengikuti usrah, kebanyakkan mereka akan mengalami keboringan yang tidak terhingga sebab selalu kena duduk dalam satu bulatan dan kena dengar pulak tu celotehan oleh seorang pengendali. Secara tak langsung, usrah nie bagi mereka akan menjadi sesuatu yang sangat boring. Tapi hakikatnya usrah bukan sekadar siting in circles and discuss about the deen semata-mata. Usrah ini bermula sebaik sahaja siting in circle itu tamat sehingga lah ia kembali semula siting in circle itu the next week nyer. Di mana dalam minggu selepas siting tuh, ahli usrah serta naqibnya akan sentiasa berusaha memperbaiki diri, saling tegur-menegur, memberi motivasi, tolong-menolong serta berkasih sayang kerana Allah. Yang nie lebih kepada praktikal kepada apa yang telah di pelajari ketika siting in circle tuh. Dan peranan ni, para nuqaba' kena betul2 jaga sebab mereka yang tukang bentuk dan follow-up setiap anak usrah.

Selain tuh, kami juga membantu adik2 nie macam mane nak handle siting usrah dengan baik supaya bahan penyampaian boleh disampaikan dengan baik. Biasenye bagi mereka, usrah akan bermula selepas maghrib sampai isya' on every monday dan usrah nie dilakukan dalam surau only. So, apa yang kami syorkan pada adik2 nie, adalah cube memfleksibalkan situasi usrah nie dengan mempelbagaikan tempat serta mengubah cara penyampaian. Penyampaian bahan tak semestinya naqib yang keba bentangkan. Boleh je kalau anak2 usrah yang bentangkan bahkan lagi baik sebenarnye kalau depa yang bentangkan, sebab nnt depa la lagi dapat input2 bahan2 tu.

Daripada sini, nampak la sebenarnya konsep usrah nie luas dan ia bukan sekadar tertumpu pada satu skop sahaja. So, bile cam tu, baru la nampak yang berusrah nie sebenarnya sangat seronok. Yes!! I mean seronok. Huhu~ tak caye, try r join. Kalau tak rase seronok, tu makne nyer something wrong la ngan naqib tuh.

Tak dilupakan gak, kami buat satu program outdoor iaitu program X-plorace. Dalam X-plorace nie, kami menjadikan alquran dan alhadith sebagai panduan adik2 nie mencari setiap checkpoint yang telah di tetapkan. Bagi mereka memang agak mencabar dan seronok bile kena lalui setiap checkpoint. Ye la, dah kalau setiap checkpoint ade aktivitinyer serta yang handle adalah para fasi yang berbakat, so tu yang jadi seronok. Huhu~ just like usrah it self.

Secara overall nyer, adik2 nie memang sangat bersemangat bile dah tau konsep sebenar usrah dan dah tak sabar2 nak balik SAMURA dan terus bawak usrah depa. Mungkin mereka menyedari bahawa ini adalah tanggungjawab mereka yang mesti mereka pikul dan laksanakan dengan baik. Alhamdulillah, sampai habis program ada diantara adik2 nie, banyak bertanyakan kepada kami tentang aktiviti2 yang boleh mereka lakukan bersama dengan anak2 usrah dan kami cube berkongsi dengan mereka sedikit sebanyak apa yang pernah kami lalui. Tak banyak, sikit je pengalaman dalam berusrah nie (10 tahun je). huhu~

Akhirnya program KBI nie pun melabuhkan tirai pada jam 1.15pm tak silap saya. Ia diakhiri dengan salam salaman serta doa perpisahan diantara kami. Memang sebak ketika nak berpisah dengan adik2 nie, sebab saya sendiri rasa seronok dan gembira bila bersama2 dengan diorg. Walaupun 2 hari bersama, tapi bagi saya, kebersamaan kami ibarat dah berpuluh tahun jumpe dan bersama. Itu yang bila nak berpisah, hati nie banyak je menahan. Huhu~

Walau apa pun, pertemuan dan perpisahan itu memang lumrah dalam persahabatan. Moga adik2 nie menjadi para nuqaba' yang cemerlang di SAMURA serta mereka terus excel in persuing their SPM. Kecemerlangan akademik sudah mereka capai, kini kecermalangan shakhsiah pula perlu mereka gapai. Insya Allah dengan usaha dan 'azzam yang saya perhatikan, SAMURA pasti boleh.

Wallahu'alam~

Teruskan membaca...

Wednesday, 11 March 2009

Tanjung Piai~

BISMILLAH

Huh~ baru berkesempatan nak tulis pasal tanjung piai nie. Okeh~ so, on the 7th & 8th of March, I had a course field trip there. Kena buat kajian pasal paya bakau. Hmm...memang satu pengalaman yang cukup best. Actually, I've been to Tanjung Piai about 4 times rasenya. First, mase rehlah batch 8 hidayah lepas pekse PMR, time tuh Tanjung Piai nie masih cikai lagi. Then, mase matriks, ikut plak program peringkat national, Jambori PRD Matriks Malaysia, kat cnie, Tanjung Piai dah maju cket. Banyak kawan berjumpe, banyak pengalaman dan ilmu di timba. Ada kenangan indah kat cnie. Seterusnya, sebelum pegi course field trip tuh, beberapa org dak2 kos remote sensing nie ade gi wat survey jap, nak cek tempat dan penginapan tuk field trip nyer. Then the last one, field trip tu la.

Hmm....actually, pegi ke Tanjnug Piai sangat la bes. First, dia adalah tempat paling selatan benua Asia dan juga antara Taman Negara yang diiktiraf dunia. WooW~ Banyak sebab dia. HuhU~ tapi malas nak cite pasal tuh.

So, cerita dia, lecturer kami yang mengajar subjek Bio-Geography dan Geo-chemistry, Dr Latiff, memang saje bawak kami ke sini dengan tujuan nak lihat dan kaji sendiri area cnie. Tengok cket ecosystemnyer, spesis2 yang ade, serta tengok fungsi bakau2 yang ade. Memang something baru.

Dulu mase pi rehlah pas PMR, datang semata-mata nak makan angin. Tak dak pun pikir nak study ecosystemnyer, pastu mase Jambori PRD lak, lebih kepada melayan program2 yang berbentuk kepimpinan dan teamwork. N memang tak dak sangat nak kaji or belajar pasal ecosystem nie, tapi this time memang dah tujuang nyer tuk kaji persekitaran nie, macam2 dapat. Lagi2 bile kena buat kajian sendiri. Memang konpem melekat kat pale nie.

So, kat sana, kami ade la wat sket kajian pasal species rihzophora yang ade. Banyak. 26 of them, tapi yang dominan, 6 jek (nie je yang kami dapat detect).
  1. Rhizophora Apiculata (Bakau Minyak)
  2. Rhizophora Stylosa (Bakau tulen)
  3. Rhizophora Mucronata (Bakau Kurap)
  4. Bruguiera Parriflora (Lenggadai)
  5. Bruguiera Cylindrica (Bakau Putih / Berus)
  6. Ceriops tagal (Tengar)
Fuh~ actually, nak detect 6 spesis nie je pun dah susah, apatah lagi yang len. Naseb bek r kat pokok2 nie ade tanda name. Sebab tu leh tau name die. Kueng3...

Pas dah abis wat kajian sepanjang hari, malam tuh kena r present. Hmm~ malas r nak cite pasal presentation. Yang penting malam tuh mase present, banyak slek nyer. Hmm~ nampaknyer kena belajar dari kesilapan nie.

So, the next day, kami dah tak buat research, tapi lebih kepada menjadi sukarelawan. Tolong bersihkan sampah sarap kat hutan nie. So, kerja2 pembersihan bermula la dari jam 9 sampai 11. Memang penat dan menggatalkan. Serius tak tipu, balik dari Tanjung Piai nie, badan semua berbintik2 n gatal. Pekh~ tak tahan seh. hmm...so, pas habis pungut sampah, sume sampah2 tuh di timbang la oleh tauke tempat nie. N you guys know what? Group kami pecah record sebab berjaya kumpul sampah paling berat setakat nie sebanyak 200++ kg for a small group (30 people). Sebelum2 nie, depa kate kalau buat pungut sampah nie, biase dapat dalam 100++ kg je, tapi kami plak berjaya dapat lebih. Fuhh~ bangga seh dapat tempah name dalam Tanjung Piai Hall of Fames (hehe~ ade ke?). Tapi yang penting, Alhamdulillah.

Selepas dah habis pungut sampah2 tuh, kami pun dah tak de xtvt nak buat. So, sebab pale otak saya nie macam bergeliga cket, saya dan beberapa geng laki ajak r sume pi wat xtvt obstacle course. Fuh~ memang mencabar. Sebab sume jenis yang very anxious, apa lagi, depa sume pun follow r 'leader' depa sorg nieh. Ngeh3...So bawak la pi obstacle pertama, 'Tarzan rope'. Huhu~ nak lepas natang nie je da amik mase 1 jam setengah n memang ramai yang tak lepas. Ramai masuk lumpur n tenggelam. huhU~ so pas dah kuarkan dak2 masing2 dah demotivated nak teruskan sebab banyak lumpur. So yang tinggal, hanya 2 org je yang meneruskan perjuangan sampai habis obstacle which is of course the most 'motivated' and 'inspiring' leader with his sidekick (Me and Muja...Hehe~).

And last sekali, memang penat gile r. Fuh~ Pas habis badan berlumur dengan lumpur, pi mandi n packing barang untuk bertolak. Bas kami di'JANGKA' sampai jam 2 ptg, so lepas makan n solat, tunggu la bas tuh nak datang. Pekh~ tunggu memang paaling sekejap. Tak lame....dua jam setengah je tunggu. Memang tak tension n tak marah langsung (dengan tone sarcism). 4.30 PETANG baru la kelibatnyer datang. Memang dalam kena banyak bersabar r. Tarbiyah nie, tarbiyah. Huhu~ So pas bas datang, kami pun balik....tu je...the end.

Haa~ kat bawah nie just some of the few pics that was taken. Proof of event. Kueng3x...

Amik gambaq depan tugu Tanjung Piai. Dah bape banyak daa gamba amik kat depan nie. Sume berlainan agenda. huhU~

Dalam bilik seminar. Tengah dengar Tauke Tanjung Piai nie berbual.

Sarapan....ngam3x...

Bawak kete...drift~ kueng3x...

Fuh~ penat uu buat research...duk meta~

Nie lepas buat rescue operation. Akibat yakin sangat leh wat 'Tarzan rope' akhirnya jatuhnya gak dalam lumpur...tenggelam plak tuh. Mangsa kejadian sebelah saya. Hero dia, mcm biase r, leader r. Huhu~

Muiz, menikmati santapan malam. BBQ tuh...tapi kami tak masak r. Tak sempat. huhU~ Muiz nie cheif rescue operation. Apa dia buat mase kejadian? Tengok dari atas n komen banyak. Hampeh~

huhU~ Kuliah maghrib. "Hutan bakau nie.....bla...bla...ciptaan Allah...bla...bla"
Cak!! Muja tak fokus ea? Pandang2 blakang lak...


Sambil mengutip sampah, sambil berposing...hmm...tu la dia sifat dak2 1SGS nie....memang fotogenik tol...naseb bek la leader tak dak kat cnie...rajin uu pi wat keje lain...huhu~

Okeh~ sekian saje daripada saya.
Wassalam~

Teruskan membaca...

Friday, 6 March 2009

Salah faham ummat terhadap Islam~

BISMILLAH

Dewasa ni, kita boleh lihat banyak gejala negative berlaku. Daripada sosial masyarakatnya, ekonominyer sampai la kepada kepimpinan politiknyer. Teruk betul. Nak lagi specific, tengok kat Malaysia sendiri. Mungkin ade yang rase Malaysia nie aman, damai, masyarakatnyer hidup harmoni tapi hakikat nyer minda dan kehidupan masyarakat Malaysia tidak aman dan sentiasa mengalami konflik dalaman. Kenapa ini berlaku? Kerana masyarakat tidak menganggap dan menggunakan Islam sebagai satu cara hidup serta tidak mengambil Allah sebagai Illah yang satu-satunyer rabb yang layak disembah.

Kenapa masyarakat tak boleh menerima Islam? Sayyid Qutub menulis dalam bukunya "Hazza Deen (Inilah Islam)" berkaitan dengan salah faham yang berlaku dalam kalangan masyarakat terhadap Islam. Antaranya adalah manusia mengharapkan agama yang datang daripada Allah ini boleh berfungsi tanpa ada sebarang sebab dan musabab nyer. Mereka juga mengharapkan Islam untuk sentiasa menang dalam apa jua keadaan kerana ia adalah agama daripada Allah. Contohnyer seperti peperangan Badar, bagaimana Allah membantu ummat Islam pada ketika itu walau pun bilangan mereka out numbered dengan Kaum musyrikin. Lantas bila kegagalan demi kegagalan yang sering menimpa ummat Islam masa kini, mereka jadi kecewa dan kurang percaya terhadap manhaj ini lalu berpaling dan mencari manhaj yang lain.

Hakikatnya, andai manusia itu mengerti tentang tujuan penciptaanya, mereka akan tahu bahawa manhaj ilahi (Islam) adalah untuk manusia itu sendiri. Kegagalan demi kegagalan yang menimpa ummat Islam masa kini bukanlah disebabkan kelemahan manhaj ilahi ini, tapi hakikatnya ia adalah kelemahan yang datang daripada manusia itu sendiri. Bagaimana mereka gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang individu muslim lantas mereka mengharapkan pertolongan Allah sentiasa? Manhaj ini sebenarnya hanya akan terlaksana dengan usaha manusia. Ianya berdasarkan kemampuan serta realiti hidup manusia. Firman Allah :
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." [Al-Baqarah, 2 : 286]
Kalau kita lihat pada fitrah manusia itu sendiri, ianya hanya akan bergerak kehadapan berdasarkan pada usaha manusia itul. Andai usahanya sedikit, maka hasil yang Allah akan berikan sudah tentu sedikit, begitu juga sebaliknya. Bahkan bila mana ia mengikuti manhaj Islam ini, ia bukan sekadar mencapai tahap klimaks yang ada pada manusia, bahkan ia boleh menjangkaui pencapaian manusia kerana ia mendapat pertolongan daripada Allah. Perkara-perkara ini banyak dibuktikan oleh sejarah-sejarah nabi dan juga para sahabat.

Dengan usaha yang bersungguh-sungguh daripada manusia, maka Allah akan memberikan kemenangan demi kemenangan kepada mereka. Sebagaimana Allah memberikan kemenangan kepada Rasulullah SAW dalam peperangan Badar. Kerana Allah hanya menginginkan hidayah itu terhasil daripada usaha dan keinginan manusia dan berlaku dengan kemampuan mereka.
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan Sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik." [Al-'Ankabut, 29 : 69]
Kalau kita tengok, anatara faktor kejayaan manhaj Ilahi ini adalah bila mana ada orang-orang yang membawanya, yakin dan mengimani, beramal mengikut kemampuan semaksimum mungkin, berusaha untuk terapkan pada yang lain dan berjihad sepenuhnya dengan segala apa yang ada. Dan kejayaan-kejayaan yang Allah berikan ini, hanya akan berlaku bila mana manusia itu berjaya menawan jiwa mereka serta jiwa manusia yang lain. Seperti Rasulullah SAW itu sendiri. Bagaimana baginda berjaya menawan jiwanya untuk tunduk pada Allah dan bagaimana baginda berjaya juga untuk menawan jiwa para sahabat untuk turut bersama-sama meng'abdikan diri pada Allah. Inilah kunci kejayaan Rasulullah SAW dan para sahabat.

Tapi jangan kita lupa, ummat Islam juga pernah mengalami kekalahan pada zaman Rasulullah SAW iaitu dalam perang Uhud. Puncanya berlaku apabila sebahagian ummat Islam melupai dasar utama peperangan itu lantas melihatkan mereka tidak mengikuti perintah Rasulullah SAW [Ali-'Imran, 3 : 152 & 165]. Akibat daripada peristiwa ini, ummat Islam mengalami kerugian yang sangat besar dan Rasulullah SAW sendiri cedera serta patah beberapa giginya.

Hakikatnya dalam perang uhud, Allah ingin mengajar ummat Islam tentang satu tarbiyyah. Di mana pengajaran Allah ini bukan dalam bentuk Kalam atau celaan terhadap ummat Islam, tapi dalam bentuk darah dan kesakitan [3:165]. Ramai sahabat yang gugur syahid dan Rasulullah SAW cedera. Satu tamparan yang cukup hebat bagi mereka. Allah ingin mengajar mereka tentang mujahadah diri (kesungguhan) terutamanya dalam melawan hawa nafsu. Iman itu tidak akan tertanam kukuh dihati sehingga adanya mujahadah kerana iman ini.

Hakikatnya, bila manusia itu bermujahdah, Allah pasti akan menimpakan pada mereka dengan mehnah dan tribulasi [29:2] untuk uji keimanan mereka serta menyaring mereka untuk lihat siapakah yang benar dan siapakah yang batil [29:3]. Kesabaran yang benar-benar tinggi serta muujahadah yang benar-benar kukuh akan menjadikan keimanan itu teguh dan mantap. Rasulullah SAW adalah Qudwah terbaik dalam hal ini.

Kesimpulannya, kita boleh lihat sendiri bagaimana peranan dan fungsi manhaj Ilahi ini. Ianya bergantung kepada usaha dan keinginan manusia itu sendiri untuk mencapai keredhaan Allah. Ia tidak akan berlangsung hanya dengan Allah mengatakan "Kun faya kun" walau pun Allah boleh melakukan sedemikian. Allah hanya akan memberikan bantuan kepada mereka yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana-Nya kerana kehendak Allah akan sentiasa menjadi penentu dihujungnya. Bagaimana manhaj ini bila disalah faham dan bila ia tidak diambil secara menyeluruh, maka itulah jadinya kekalahan demi kekalahan terhadap ummat ini.
Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din." [Sahih Bukhari & Muslim]
Wallahu'alam~

Sekian, Wassalam~

Teruskan membaca...

Wednesday, 4 March 2009

Are you gonna finish strong?~

BISMILLAH



"So, what do you do when you fall down?"

"Everyone knows how to get back up...."

"but there sometimes in life, when you fall down and you fell like you don't have the strength to get back up...do YOU think you have hope?"

"...it's impossible for me to get up, because I don't have any hands and legs..."

"...I will try 100 time to get up, and if I fail 100 times...if I FAIL AN I GIVE UP, do you think that I'm ever gonna get up? NO!!"

"But if I fail and I try again and again and again....but I want you to know that its not the end..."

"It matters how you gonna finish...are you gonna finish strong?"

"And you will find that STRENGTH to get back up......."

-------------------------------------------

My dear brothers and sisters,
truly inspiring, right? Helpless but yet so zealous. How can a handicap person, with no legs, no arms, yet do a huge change to the human hearts? Touching them far inside and giving them hope, that WE must decide how WE end our life. Are YOU, my brothers and sisters, are WE gonna end STRONG? Or are we just gonna fall flattered and wait down there until a miracle happens?

Giving up is not going to bring us to the finishing line. It will not make us 4th, 3rd, 2nd or first, not even the last because we did not reach the finishing line. But as long as there is 'WILL' to finish, and the 'DESIRE' to get back up after falling, falling SO many times, you will achieve success. If not 1st, then there is still 2nd. If not 2nd, 3rd, 4th or 5th there is always the last which marks that you did go through til the end. Your 'EFFORT' in going through the hardship that counts.

~DON'T GIVE UP!!~

Wallau'alam~

*p/s : Took this video from a friend. Pali, thanks for the post. Adjust cket bagi ade explanation. Hehe~

Teruskan membaca...

Tuesday, 3 March 2009

Segenggam Tabah~

BISMILLAH

Everytime n everywhen, kita akan sentiasa di duga oleh Allah. Saya suka sangat kalau nak sebut firman Allah tuh [29:2] tentang ujian Allah untuk uji tahap keimanan kita. Kadang kala terasa diri jadi bersemangat semula bila kita muhasabah dengan muhasabah Al-Quran. Sebab segala keburukan yang Allah berikan kepada manusia tuh, hakikatnya PASTI ade hikmah-Nya apatah lagi dengan kebaikan yang Allah berikan. Memang satu nikmat. Tambahan lagi, bagaimana Allah memotivasikan kita [3:139] dalam perjuangan ini. Setiap mehnah dan tribulasi tuh, kena gak tempuhi. Kena gak lalui, barulah leh asah keimanan kita, pendirian kita, mujahadah kita dan juga boleh tengok sejauh mana kesabaran kita.

Apa pun, dalam this post, saya lebih kepada nak memberikan semangat kepada sahabat-sahabat saya yang sekarang nie tengah dalam kemulut masalah. Moga Allah memberikan kemudahan kepada antum semua dalam segala apa jua urusan juga antum tetap tabah hati tak berbelah bagi. Yakin dengan Allah sahabat-sahabatku.

Terimalah daripadaku, sebuah lagi daripada inteam....

Segenggam tabah~

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Wallahu'alam~

Teruskan membaca...