Saturday, 20 February 2010

Kehilangan insan tersayang 2~

بسم الله الرحمن الرحيم

---
sambungan...

Kalau dilihat dari konteks masa, kematian Siti Khadijah dan Abu Talib berlaku 10 tahun sesudah kerasulan Baginda. Saat ini merupakan saat kemuncak zaman makiyyah. Saat ini juga saat paling getir bagi ummat Islam kerana mereka menerima penghinaan dan penentangan yang cukup hebat daripada kaum Quraisy terutamanya baginda SAW yang memimpin risalah ini.

Tetapi bukankah Allah sudah menentukan segalanya dengan cukup rapi dan cantik sekali? Sememangnya terdapat hikmah disebalik kematian Siti Khadijah dan Abu Talib.

Cuba kita lihat andai kata Abu Talib di kurnia usia yang panjang dan mampu bersama dengan Rasulullah SAW hingga baginda berjaya membangunkan sebuah negara Islam. Bukankah nanti akan ada sesetengah pihak yang akan mempertikai kepimpinan baginda dan mengatakan kejayaan baginda adalah kerana baginda SAW mendapat sokongan yang kuat daripada Abu Talib, seorang pimpinan Quraisy juga seorang yang bukan Islam. Bukankah ini akan menjejaskan kredibiliti baginda sebagai Qudwah hassanah?

Kemudian, Allah ingin menanamkan keyakinan kepada ummat Islam dan juga baginda SAW bahawa kejayaan dan kemenangan Islam adalah bergantung kepada pertolongan Allah SWt sahaja. Allah sahajalah yang sanggup memelihara dan melindungi baginda SAW dari sesiapa pun. Pendek kata, jika wujud atau tidak sokongan dan perlindungan daripada tentangan orang-orang Quraisy, dakwah Rasulullah SAW tetap akan mencapai kemenangan dan Taufiq kerana Allah telah menjamin ia.

Lagi pun, sememangnya kita tahu, betapa liciknya orang-orang orientalis, yahudi dan nasara dalam nak mencari kelemahan baginda SAW serta Islam. Sekali pun dengan kesempurnaan yang telah Allah berikan kepada Baginda SAW dan juga Islam, namun demikian, ada sahaja perkara yang mereka ingin perlekehkan terhadap Rasulullah SAW dan Islam yang dibawanya. Semuanya tidak lain dan tidak bukan akibat daripada kedengkian mereka yang begitu kuat. Dan Allah menyuruh kita berlindung daripada orang-orang yang sebegini rupa [Al-Falaq, 114 : 5].

Hakikatnya, kehilangan Siti Khadijah dan Abu Talib dalam kehidupan baginda bukanlah untuk melemahkan semangat baginda. Tetapi untuk meneguhkan baginda SAW agar baginda lebih kritis dan kreatif dalam melaksanakan dakwah kepada kaum Quraisy pada ketika itu. Rentetan daripada peristiwa ini juga berlakunya peristiwa hijrah kubra ummat Islam ke kota Yathrib demi menyelamatkan Akidah Islam yang suci.


---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Thursday, 18 February 2010

Kehilangan insan tersayang 1~

بسم الله الرحمن الرحيم
---
Satu ketika, Rasulullah SAW pernah menghadapi saat-saat yang cukup perit kerana terpaksa berhadapan dengan kehilangan dua orang insan yang paling rapat dengan baginda iaitu Isterinya yang tercinta, Siti Khadijah dan juga bapanya saudaranya iaitu Abu Talib. Sebelum kematian kedua orang ini, merekalah yang banyak memberikan bantuan kepada dakwah Rasulullah SAW ketika di Makkah.

Siti Khadijah merupakan teman setia Rasulullah SAW. Dialah insan yang Rasulullah SAW bercerita tentang keperitan dakwah dan dialah yang sentiasa memberikan motivasi yang hebat kepada Rasulullah SAW agar meneruskan perjuangan yang di bawa.

Ketika pertama kali Rasulullah SAW menerima wahyu daripada Allah di gua Hira', Siti Khadijah lah orang pertama yang menenangkan Rasulullah SAW serta menemani baginda pada malam penerimaan wahyu tersebut. Kalau lah tiada Siti Khadijah dalam kehidupan Rasulullah SAW, mungkin keadaan hari ini berbeza, tapi itulah ketetapan Allah. Segalanya sudah tertulis.

Pakciknya Abu Talib sekali pun tidak masuk Islam, tapi kerana sayangnya pada anak saudaranya ini menyebabkan Abu Talib sanggup melindungi baginda daripada ancaman kaum Quraisy. Beliau juga sanggup bersama-sama dengan Rasulullah SAW ketika ummat Islam di pulau oleh penduduk Makkah.

Dan sayangnya baginda terhadap bapa saudaranya hingga ke saat terakhir nafas Abu Talib, baginda cuba jugak untuk mengislamkan Abu Talib. Namun, kerana termakan dengan kata-kata pimpinan Quraisy yang lain, akhirnya Abu Talib meninggal dalam keadaan Kufur. Begitu sedih Rasulullah SAW kerana kehilangan insan yang sangat di kasihi tetapi bukan dalam keadaan muslim.
"Sessungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak mampu memberikan hidayah kepada orang-orang yang engkau sayangi, tetapi Allah jualah yang mampu memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah yang mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah" [Al-Qasas, 28 : 56]
Kehilangan kedua orang yang Rasulullah SAW sayangi ini menyebabkan pintu-pintu dakwah Rasulullah SAW semakin tertutup. Dahulu, ketika adanya mereka berdua, dakwah Rasulullah SAW lebih lancar dan baik. Ramai yang menerima dakwah baginda sekali pun punyai tentangan yang hebat daripada kepimpinan Quraisy.

Namun dengan kehilangan mereka berdua, penerimaan orang ramai mula susut dan dakwah baginda menjadi lebih sukar kerana tiada lagi orang yang boleh membantu baginda.

Tetapi hikmah perancangan Allah itulah yang terbaik. Segalanya sudah di atur Allah untuk baginda SAW. Tidak mungkin Allah meninggalkan kekasihNya kesunyian dan kesepian. Sudah tentu Allah menyiapkan sesuatu yang lebih baik untuk baginda SAW.

bersambung...
---
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Wednesday, 17 February 2010

Flowers are red~

بسم الله الرحمن الرحيم

Kadang kala, pemikiran kanak-kanak selalu dilimitasikan oleh orang-orang dewasa dengan pemikiran mereka. Harapan mereka supaya kanak-kanak menjadi seperti mereka. Amat malang kehidupan kanak-kanak yang baru sahaja ingin mengenali dunia dengan intuasi mereka tapi di konkong minda mereka dengan pemikiran orang-orang dewasa.

Sepatutnya, kanak-kanak dibiarkan berimaginasi, bermimpi tentang sesuatu yang mereka sukakan agar minda mereka sentiasa berkembang. Apa yang sepatutnya dilakukan orang-orang dewasa adalah membimbing perkembangan minda kanak-kanak supaya ia terarah ke tempat yang betul. Bukan membina tembok di sana sini. Biarlah mereka menjadi insan yang kreatif dan kritis bila melihat dunia ini agar bila mereka dewasa, segala permasalahan yang dilalui, mampu mereka hadapi kerana kredibilti yang dibina sejak kecil sudah terasah.


Flowers are red - Zain Bikha

A little boy went first day at school
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, "What you doin' young man?"
"I'm paintin' flowers see"
"Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one"
And she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher said… "You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me..."
she said...

"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said again...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher put him in a corner
She said… "It's for your own good…
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should"
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen"


Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said..."Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one"
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him "why"

This is what he said..
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen."
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one

-----
Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Tuesday, 16 February 2010

Masjid~

بسم الله الرحمن الرحيم



Masjid. Hmm. Beberapa hari yang lepas, saya terbaca majalah i (latest one bulan nie). One of the majalah i punya entry adalah berkaitan gereja2 di UK & US bertukar wajah menjadi masjid. Menarik?? Cukup menarik!


Bagi saya, ini merupakan suatu perkara yang cukup bermakna. Ia menandakan kebangkitan Islam di era millenia ini. Juga menunjukkan perubahan landskap populasi tempatan barat yang dahulunya di dominasi oleh golongan non-muslim, sekarang sudah mula bertukar arah.

Di Malaysia, mungkin kita tak rasa sangat perubahan ini. Kerana sememangnya kita hidup dalam "negara Islam". Kepimpannya terdiri daripada orang-orang Islam. Majoriti masyarakat kita di Malaysia pun orang Islam jugak. So, perubahan ini tidaklah begitu ketara. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru hidup di zaman baru ini.

Bercakap pasal masjid, saya teringat saat saya berada di Jogjakarta 3 tahun yang lepas. Ketika itu saya pergi melawat Gunung Merapi. At that time, Gunung Merapi baru je meletus pada tahun 2006 lepas gempa besar di Jogja. Kami melihat kesan-kesan lahar yang panas di sana.

Di atas sana, ada sebuah kampung kecil. Di sana ada seorang pakcik tua yang bernama mbah Marijan. Dia dan keluarganya yang terdahulu telah di tugaskan oleh Sri Sultan Hamengkubuwono IX untuk menjaga Gunung tersebut (or so called). Daripada cerita-cerita yang saya dengar berkaitan beliau, muncullah persepsi kurafat berkaitan dia. Bomoh la, ada kuasa sakti la, etc (biasa la...persepsi).

So, di atas sana tatkala berjumpa dengan dia, orangnya sempoi je, ramah, berbudi, juga mudah di ajak berbual. Cuma kita je yang susah nak faham. Sebab bahasa jawa dia agak pekat. Memang bila saya melihat dia, persepsi awal terhadap dia berkaitan semua bende-bende mengarut hilang sedikit demi sedikit. Bahkan saya menjadi lebih kagum dengan dia bila dia di tanya kami kenapa masih tetap lagi kat gunung ini sedangkan bila-bila masa je gunung ni boleh meletup.

Nak tau dia jawab apa?

Dia kata sebab dia CINTAKAN masjid yang ada atas ini. Mana mungkin dia boleh tinggalkan masjid kesayangan kampung nie. Kalau lah dia tinggalkan masjid ni, sape lagi yang nak datang, nak makmurkan masjid ni.

Tersentak saya bila dia cakap macam tuh. Tak sangka saya tetapnya mbah marinjan dia atas gunung merapi ini bukan sekadar setia pada amanah sultan terdahulu kepada keluarganya, tetapi juga kerana amanah daripada Allah kepadanya untuk menjaga dan memakmurkan rumah Allah di atas gunung merapi. Langsung persepsi negatif saya ketika sebelum sampai, hilang. Saya jadi lebih kagum dengan keimanannya. Hebat!

Bila direnung kembali seerah Ar-Rasul, para sahabat dan salafusoleh, ternyata ketika zaman mereka, masjid-masjid telah berperanan menjadi tempat-tempat pembangunan jiwa dan akal yang cukup berkesan. Hingga lahirlah tokoh-tokoh 'ilmuan Islam yang mampu mendokong kalimah suci Allah. Dan daripada mereka juga, nur Allah menyinari setiap pelosok bumi ini.

Tapi kini, masjid-masjid hanya di jadikan tempat ritual ummat Islam semata. Kadangkala ia hanya di jadikan tempat untuk solat hari raya sahaja. Alangkah ruginya kita kiranya perkara ini berterusan.

Kenapa di barat perkara sebaliknya boleh berlaku? Hinggakan gereja-gereja berubah wajah menjadi rumah-rumah Allah. Ummat Islam di sana bertandan untuk belajar dan memahami dengan mendalam tentang Ad-Deen di masjid-masjid. Sedang mereka adalah minoriti, tapi di Malasia? Gi mana? hmm...

Berkata Abu Hurairah r.a: bahwa Nabi SAW telah brsabda: ‘Ada 7 kelompok yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya. Mereka adalah:

1. Pemimpin yang adil

2. Anak muda yang senantiasa beribadah kepada Allah

3. Seseorang yang hatinya dipertautkan dengan masjid.

4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah, yakni keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah

5. Seorang laki-laki yang ketika dirayu oleh seorang wanita bangsawan lagi rupawan lalu ia menjawab “sungguh aku takut kapada Allah”

6. Seseorang yang mengeluarkan shadaqoh lantas disembunyikannya sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat tangan kanannya

7. Seseorang yang berdzikir kepada Allah di tempat sunyi kemudian ia mencucurkan air mata

(HR Bukhary -Muslim)

Wallahu'alam

Teruskan membaca...

Monday, 15 February 2010

This time~

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah berapa kali saya ubah template blog saya ni. Hingga kini, inilah dia yang terdaya saya ubah. Walau pun masih banyak yang tidak berpuas hati dengan template ni, tapi disebabkan kemalasan nak adjust beberapa bende, jadi terimalah seadanya.

Nak buat macam mana, nafsu akan sentiasa berkata, "Mana cukup? tak ok lagi...adjust lagi!!" Itulah nafsu, tak pernah puas dengan dunia dan seisinya. Selalu akan meminta dan meminta dan meminta hingga tuan punya jasad merana dek kebuasan nafsu. Betul tak? (^__^)

hm...so, hingga kini saya masih lagi tak berkesempatan nak post entry yang bermanfaat. Mungkin sebab saya kekeringan idea.Maklum la, dah lama membaca buku-buku fikrah. Tak pe, insya Allah, apa yang ada saya akan cuba kongsikan dengan anda kelak nanti.

So, sampai di saja ucapan saya. Selamat bercuti kepada semua warga Malaysia. =)

Wallahu'alam
Teruskan membaca...

Thursday, 11 February 2010

Komik Valentine~

بسم الله الرحمن الرحيم



for a more clearer view, click the pic.

Wallahu'alam
Teruskan membaca...

Sunday, 7 February 2010

Kembali~

بسم الله الرحمن الرحيم

Lama menyepi menyebabkan tangan ini terasa gatal untuk menaip semula. Cuma kali ini saya ingin pendekatan yang berbeza berbanding penulisan saya yang sebelum ini.

Penulisan yang macam mana? Insya Allah saya akan cuba postkan perkara-perkara 'Ilmiah untuk di kongsikan bersama pembaca. Ia akan datang dari konteks 'Aqidah, Fikrah, Fiqh, Sirah, Isu-isu semasa, pendapat dan tazkirah ringkas.

Harapan saya adalah, moga ia boleh menjadi manfaat bagi mereka yang selalu singgah di blog saya. Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan dengan sebaik mungkin.

إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت و ما توفيقي إلا بالله عليه توكلت و إليه أنيب

Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. [Hud, 11 : 88]
Wallahu'alam

Teruskan membaca...