BISMILLAH
Alhamdulillah, insya Allah pada 1 Oktober 2008 M bersamaan 1 Syawal 1429 H, Hari Raya datang lagi. Bersyukur sangat-sangat kehadrat ilahi kerana memberi keizinan kepada hamba-hamba-NYA yang bertaqwa untuk melalui bulan tarbiyyah yakni Ramadhan al-kareem dengan baik dan penuh hikmah.
Bulan Ramadhan yang Allah turunkan keberkatan, rahmat dan keampunan andai ia hanya dibiarkan pergi begitu sahaja dan syawal yang hanya satu hari pula yang dinanti-nantikan, maka amatlah rugi bagi golongan yang berfikiran sebegini. Bukankah Allah telah berfirman,
Apa pun, apa yang berlaku sama ada baik mahu pun buruk, sama ada Ramadhan yang berlalu ini memberi impak positif mahu pun negatif terhadap diri, teramatlah baik kita muhasabah diri banyak-banyak dan mencari hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Moga ia mendatangkan manfaat kepada kita, insya Allah.
Akhir sekali, di kesempatan ini, saya ingin ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua, zahir mahu pun batin, andai ada tersalah kata mahupun terkasar bahasa atau banyak khilaf pada idea, kerana sesungguhnya saya hanyalah seorang hamba yang dhaif lagi kerdil yang banyak kurang dan silapnya. Selamat Hari Raya saya ucapkan, semoga hari raya ini kita sambut dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran.
WasSalam~

"Telah diwajibkan keatas kamu untuk berpuasa seperti mana telah diwajibkan terhadap orang-0rang sebelum kamu agar kamu BERTAQWA." [Al-Baqaarah, 2 : 183]Moga kita menjadi golongan yang Ramadhannya mampu mentarbiyahkan diri dan menjadi insan yang lebih bertaqwa kepada Allah, dan menjadikan Hari Raya sebagai hari kita bersyukur kepada Allah kerana telah mengembalikan kita kepada keadaan fitrah kita (seperti bayi baru lahir; suci daripada dosa).
Apa pun, apa yang berlaku sama ada baik mahu pun buruk, sama ada Ramadhan yang berlalu ini memberi impak positif mahu pun negatif terhadap diri, teramatlah baik kita muhasabah diri banyak-banyak dan mencari hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Moga ia mendatangkan manfaat kepada kita, insya Allah.
Akhir sekali, di kesempatan ini, saya ingin ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua, zahir mahu pun batin, andai ada tersalah kata mahupun terkasar bahasa atau banyak khilaf pada idea, kerana sesungguhnya saya hanyalah seorang hamba yang dhaif lagi kerdil yang banyak kurang dan silapnya. Selamat Hari Raya saya ucapkan, semoga hari raya ini kita sambut dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran.
WasSalam~
ya.. wahai asim.
ReplyDeleteem, minx maaf zahir n batin eh.^_^
Selama hari Raye...
ReplyDelete