BISMILLAH
Alhamdulillah, bersyukur sungguh kepada ilahi, kerana dapat jugak melalui 2 hari Ramadhan dengan penuh makna. Hari ini bersamaan dengan 3 September 2008 atau 3 Ramadhan 1429 H, dah masuk hari ketiga Ramadhan. Tak sangka masa berlalu dengan begitu cepat sekali. Walau pun, sudah dua hari ramadhan berlalu, ada juga insan-insan yang melaluinya dengan kesedihan dan kemurungan.
Semalam, semasa membuka telefon bimbit saya yang sudah "nazak" nak habis bateri, tiba-tiba ia berbunyi. Mesej pun masuk dari nombor yang tidak didaftarkan dalam telefon bimbit saya.
Akhir sekali, di kesempatan ini, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar Pak Cik Tarmidi diberi keampunan dari segala dosa ketika dia masih hidup di dunia ini dan juga agar keluarganya tetap tabah hati dan redha dengan pemergian Pak Cik Tarmidi.
* Al-Fatihah.
WasSalam~
Semalam, semasa membuka telefon bimbit saya yang sudah "nazak" nak habis bateri, tiba-tiba ia berbunyi. Mesej pun masuk dari nombor yang tidak didaftarkan dalam telefon bimbit saya.
"Salam~br je mak ghazi tarmidi talifon td,pak cik tarmidi,telah meninggalkan wat selama2nye pg tad.,al-fatihah!"Innalillah hi wa inna ilaihiraji'un. Memang tak di sangka akan mendapat berita sedemikian. Pak Cik Tarmidi dalam pandangan mata secara fizikalnya, kelihatan sihat dan kuat, namun itulah dia maut. Ia datang bila Allah perintahkan ia. Mengambil nyawa tidak kira kondisi kita; tua, muda, sakit, sihat, sedar atau tidak, gila, khayal, yang soleh, jahil dan sebagainya. Allah SWT berfirman :
[+60137586275]
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada kami kamu dikembalikan."Mungkin peristiwa yang menimpa Pak Cik Tarmidi adalah satu peringatan daripada Allah kepada hamba-hambanya. Untuk mengingatkan kita bahawa masa kita ini tidak panjang. Banyak perkara perlu dilakukan dalam tempoh yang diberikan Allah. Banyak tanggungjawab terpaksa dipikul dan juga dilaksanakan. Imam Hassan Al-Banna berkata :
[Al-'Ankabut, 21 : 57]
"Kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang ada..."Masa yang ada ini tidak boleh di sia-siakan dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Inilah peluang yang Allah berikan untuk kita meningkatkan amal dan juga perbaiki kekurangan diri. Jadi, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri, renung kembali peringatan Allah ini juga lihat kembali amal-amal kita. Semoga ia membuatkan kita bertambah ketaqwaan kepada Allah dan menjadi seorang mukmin yang terus cemerlang dunia dan akhirat.
Akhir sekali, di kesempatan ini, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar Pak Cik Tarmidi diberi keampunan dari segala dosa ketika dia masih hidup di dunia ini dan juga agar keluarganya tetap tabah hati dan redha dengan pemergian Pak Cik Tarmidi.
* Al-Fatihah.
WasSalam~
No comments:
Post a Comment