Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kepada Ilahi kerana dengan izin-NYA, dapat juga saya lalui ramadhan kali ini hingga malam ketujuh. Ramadhan kali agak berbeza dengan tahun sebelumnya. Kalau tahun lepas, saya banyak menghabiskan ramadhan saya dengan sahabat-sahabat matriks tapi kini, kami masing-masing telah pun menjejakkan kaki ke IPTA, tempat idaman masing-masing. Kini, saya ingin menghabiskan ramadhan bersama sahabat-sahabat UTM dan keluarga, sekiranya Allah mengizinkan saya melalui ramadhan ini sehingga habis.
Dalam masa seminggu ini juga, banyak perkara telah berlaku.
Apa yang kami kena buat, adalah memindahkan ketinggian dari satu benchmark (bertempat di Fakulti Alam Bina) ke Benchmark yang lain (di helipad). Mula-mula bila dengar Lecture dari Dr Baharin, nampak macam senang, tapi bila dah mula practical, every little inch counts. Maknanya, kena teropong dengan hati-hati dan nilai pada pole kena accurate.
So, station pertama kami adalah di FAB. Ketinggian yang diberikan adalah 31.561m from mean sea level. Dari situ, kami pindahkan ketinggian ke helipad melalui 4 station cerapan. Agak susah jugak awal-awal. Tapi bila masa berlalu, everything got quite handy. Like peeling an apple's skin. Hoho~ (peribahasa apa nieh?) It’s a good thing I was the one who operated the levelling system rather than those girls. Kalau tidak, lambat la kerja kami. HohO~ Jadi, apa yang saya kena buat adalah bawak the levelling system to each station dan setting up the levelling system, kemudian teropong ke arah pole dan ambil bacaan se-accurate yang mungkin. Mujurlah mata saya hanya rabun warna sikit, tapi setajam Hawk’s eye.
Akhirnya, bila dah sampai station terakhir di helipad UTM, kami mengumpulkan bacaan dan membuat pengiraan. Tup…tap…tup…tap…akhirnya dapat jawapan.
Bacaan kami = 34.184m.
Bacaan sebenar = 34.198m.
Bacaan lari = 0.014m
HohO~ agak boleh dibanggakan kerana keputusan kumpulan kami adalah kumpulan yang mendapat ukuran bacaan yang paling hampir dengan bacaan sebenar. Kumpulan lain punya keputusan agak banyak larinya. Tapi mengikut Dr Baharin, mengikut formula yang diberikan, ralat yang dibenarkan adalah dalam lingkungan ± 0.012m ONLY. But for beginners like us, it is great already. After all, this is our first practical using the levelling system.
Akhirnya, memang pengalaman yang sangat menarik bila menggunakan instrument-instrument ukuran ini. Secara hakikatnya, dulu, I never even expected of using them, I only thought of being in the engineering or sciences field, but not surveying and those around it. And it all changed as I entered UTM and had to face a fact about myself. I’m rabun warna and tak pernah tahu pun sebelum ini. And I need to make a quick decision for my own future. Alhamdulillah, banyak-banyak kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi kerana dengan petunjuk-NYA, saya berada disini (Remote Sensing). Banyak perkara saya pelajari dan juga banyak perkara baru saya kenali. Memang sesuatu yang bermakna. Alhamdulillah.
Apa-apa pun, mungkin inilah dia hikmah bila mana kita meletakkan sepenuh harapan dan pertolongan kepada Allah. Jalan yang kita lalui lebih jelas dan terang. Cuma diri ini sahaja perlu adapt-kan diri dengan baik dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Moga-moga dibulan ramadhan ini, saya sangat berharap, Allah memberi peluang kepada kita untuk terus mencari rahmat dan redha-NYA.
No comments:
Post a Comment