Sunday, 14 September 2008

Bila aku jatuh Cinta~

BISMILLAH



A few days back, semasa saya sedang bersiap nak format laptop yang lambat dah memang tak leh nak agak, sambil meng'
save'kan maklumat-maklumat penting agar tidak hilang, maka saya pun terjumpa la satu article yang dah lama terpendam dalam 'My Documents'. Bila baca balik article nieh, terasa benar hati ini. Sungguh berbeza pemikiran daku dengan insan kerdil tapi berjiwa besar yang bernama As-Syahid Syed Qutub. Dia menulis satu sajak yang berupa doa bertajuk "Bila aku jatuh cinta...".



Hehe~ perkara yang berkaitan dengan cinta nieh sangat sinonim dengan saya. Maklum la, jiwa remaja, tapi nak kawal dan bawa ia ke satu jalan yang benar, teramatlah susah. Sebab itu juga saya nak post nukilan Syed Qutub ini sebagai perkongsian beliau, saya dan anda. Moga-moga ia memberi manfaat kepada kita dalam soal cinta nieh. Hehe~



Bila aku jatuh cinta...



Ya Allah, jika aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada seseorang yang

melabuhkan cintanya pada-Mu,

agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.



Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,

jagalah cintaku padanya agar tidak

melebihi cintaku pada-Mu



Ya Allah, jika aku jatuh hati,

izinkanlah aku menyentuh hati seseorang,

yang hatinya tertaut pada-Mu,

agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta selainmu.



Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,

jagalah hatiku padanya agar tidak

berpaling pada hati-Mu.



Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,

rindukanlah aku pada seseorang yang

merindui syahid di jalan-Mu.



Ya Allah, jika aku rindu,

jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku

merindukan syurga-Mu.



Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,

janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya

bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.



Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,

jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang

menyeru manusia kepada-Mu.



Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,

jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada

cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun

dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu,

telah bersatu dalam dakwah pada-MU,

telah berpadu dalam membela syariat-Mu.



Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.

Kekalkanlah cintanya.

Tunjukilah jalan-jalannya.

Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan

kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

No comments:

Post a Comment