Wednesday, 11 June 2008

Renungan Sejenak~



BISMILLAH

Assalamu'alaikum,

Okey, pasal statement atas. Dalam kehidupan seharian kita nie, kadang-kadang banyak perkara yang begitu mengasyik kan. Begitu seronok dinikmati. Sampaikan kita merasa kita adalah yang paling istimewa dalam teristimewa. Kemudian, bila kita rase ada kekurangan, kita nak ubah kekurangan yang ada pada diri sendiri. Wajah semula jadi yang Allah ciptakan, kadang2 nak ubah sampai jadi cantik macam Dato' Siti Nurhaliza, badan yang dah cukup baik, kadang2 nak sasa kan seperti Arnold susahnakeja. Harta yang banyak pun tak pernah nak cukup. Kadang-kadang jadi cemburu buta bila tengok orang lain bahagia. Sampai berlaku bermacam-macam kes; bunuh, rogol, culik, curik dan macam-macam lagi. Sampai satu tahap, ia menjatuhkan tamadun manusia kepada satu tahap yang cukup hina.


Tapi bila difikirkan semula, kenapa semua ini boleh terjadi? Apakah punca masalah ini terjadi? Mungkin kerana manusia tidak mahu memikirkan tentang masalah hati sering berlaku, konflik antara iman dan nafsu. Perkara pokok yang sering manusia lupa. Bila hati tidak dijaga, maka seluruh jasad akan jadi mangsa. Bila ruh kelaparan, benteng iman menjadi lemah. Lantaran kelemahan pertahanan iman, maka nafsu sudah pasti bermaharajalela. Bila nafsu menguasai dunia hati, maka hati akan menjadi milik nafsu, dan jasad akan sentiasa menuruti kehendak nafsu yang tidak pernah puas. Mungkin ini yang sering berlaku dalam hati setiap insan. Mereka terlupa, firman dan pesanan Ar-Rasul SAW berkaitan dengan hati. Mereka terlupa bahawa wajah dan tubuh mereka hanyalah perhiasan hati, kerana hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud

,

"...dalam jasad manusia, ade seketul daging, jika baik daging itu maka baik lah seluruh jasad, jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa daging itu adalah hati."


Tapi, apakah ini salah mereka? Salah mereka kerana tidak mencari hakikat kebenaran? Tidak mencari jalan yang telah Allah berikan? Mungkin tidak. Mungkin juga salah mereka yang bergelar Dai'e. Tidak praktikal dalam melaksanakan amanah. Tidak melakukan apa yang mereka cakapkan. Mungkin juga mereka hanya memilih insan2 yang tertentu sahaja untuk bersama dengan mereka. Dan mungkin juga mereka fikirkan mereka adalah yang terbaik.


Satu renungan kepada setiap makhluk yang bergelar hamba Allah. Ayuh kita muhasabah diri banyak-banyak. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang Allah murkai kerana banyak bercakap, tapi tak de kerja. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment