Thursday, 25 June 2009

Tanjung Balau~

بسم الله الرحمن الرحيم


Semalam, bersamaan dengan 25 Jun 2009, saya telah pergi ke Tanjung Balau. Niatnya nak hantar seorang sahabat kembali ke rumahnya di Bandar Mas Kota Tinggi. Cuma bak pepatah orang-orang tua suatu ketika dahulu, alang-alang menyelup perkasam, biarlah sampai ke lengan, so kami pun melajakkan diri ke Tanjung Balau, beberapa kilometer sahaja daripada rumah sahabat saya itu.

Kami bertolak lebih kurang jam 10.30 pagi daripada taman U. Yang mengikuti hanya 4 orang sahaja. Asalnya sebelum ini, dah ajak dah ramai orang, cuma yang lain semua buzy dengan kerja masing-masing. Pilot kereta adalah Haziq, co-pilot, saya, dan passenger adalah Amir dan Helmi (budak yang nak kena hantar nie).

Kami sampai di Tanjung Balau dalam jam 12 lebih. Sampai-sampai kat pantai, kami terus bukak port untuk berkelah. Then, masa tengah nak bukak port, terasa macam ada yang tak kena. Yep, tak de tikar tuk bentang. Last-last amik surat kabar dan segala macam yang ada dalam kete untuk buat alas kat atas pasir. Tapi disebabkan ketidak selesaan yang dilalui, last-last setelah saya perintahkan Haziq dan Helmi, diorang pun pergi ke kedai nak beli tikar dan tambahan snack.

So, dalam tengah hari tuh kami hanya menjamu kan diri dengan snack yang ada serta beristirehat di bawah pokok yang rendang sambil menikmati bayu laut yang ada. Cakap betul, memang feeling gile masa tuh. Kalau tidur time tuh, memang boleh terus lena. Kemudian tak lama lepas tuh, saya pergi ke laut dulu untuk mencelupkan badan. Sebelum masuk, terpaksa r meredahi pasir yagn agak panas. Tapi bila dah masuk air, terasa kesejukkan yang menggigit. Best!!. So, saya just round-round dalam air laut tuh. Tak masuk lagi secara total sebab time tuh tengah pakai topi. lepas dah setel 10 minit round, naik atas balik ke port. Diorang masa nie tengah bersiap nak masuk air.

Setelah masing-masing bersiap, kami pun terjah r ramai-ramai kedalam air. Pekh~ memang best. Di sebabkan air kat situ jernih, tetiba dalam minda saya terpacak satu idea yang best. Kalau dapat beli google, best nieh, boleh tengok macam-macam hidupan akuatik dalam nie. So pas tuh, saya pun kuar dan pegi cari google di kedai yang berhampiran.

Bila google dah beli, dan masuk air balik, pekh~ memang best. err...awal-awal tak r sangat. Just nampak pasir. Tapi lepas tuh, saya ajak la diorg untuk follow ke batu-bata yang ada kat tengah laut tuh dalam 50 meter daripada pantai. Kat situ, memang cantik. Ada rumpai yang banyak, ada batu karang yang sikit, n of course banyak gila ikan-ikan yang cantik.


Gambar kat atas nie of course la bukan gambar sebenar sebab kami tak de kamera yang boleh menyelam. Tapi kat atas nie boleh dikatakan apa yang kami nampak r dalam air kat area batu besar tuh. Memang cantik serius. Bila saya tengok tempat nie, teringat la plak kat Pulau Abang, Batam. Tempat dia lebih kurang macam nie jugak. Cantik. huhu~ Kat area-area nie kami berpusing-pusing la untuk menikmati air dan ombak yang kuat. Memang feeling.

So, lepas dah habis 4 jam lebih berendam dalam air, kami pun keluar untuk bersiap. Pegi mandi kat tandas dengan air yang dah tak masin lagi, pastu kami solat jama' takhir then kami bertolak r ke rumah Helmi.

Sampai kat rumah Helmi dalam pukul 6.15 petang. Sampai jek kat depan rumah dia, mak Helmi baru saja balik daripada amik adik dia yang paling kecik kat sekolah. Lepas mak cik tuh keluar, dia plak mencadangkan kepada kami untuk petik buah rambutan yang tengah lebat kat sebelah rumah dia. So, apa lagi, memang kami terus petik r seberapa banyak yang mungkin. Ada r dalam satu plastik beg besar rambutan yang kami bawak balik. huhu~ lepas tuh dalam kul 7 tuh, kami di jamu oleh mak Helmi dengan mee masak merah....?????? err...pape la. Yang sebelum balik tuh kami makan r.

Lepas makan, kami solat maghrib dan Isya', combine dan pendekkan dalam waktu maghrib sebelum kami berangkat pulang ke rumah masing-masing. Kul 7.50 malam gak kami bertolak dan akhirnya kami sampai ke rumah masing-masing dalam 9.45 malam.

Alhmadulillah, memang satu rehlah yang best buat kami. Cuma rasa kekurangan sebab yang pegi hanya 4 orang jek daripada ramai-ramai lagi sahabat sebatch sek kami yang tengah break U time nie. hmm...asalnya planning nak pegi 2-3 kete ke, tapi semua buzy, kan?? So, last-last 1 kete jek. Tapi alhamdulillah, ada la jugak something yang kami dapat. Kami Helmi ngan Amir, die kali pertama diorang nampak kehidupan laut macam kat gamba atas tuh. huhu~

So, by minggu depan, semua orang akan kembali semula ke U masing-masing. Dah susah dah nak jumpa balik. Pape pun, saya ucapkan selamat pulang kepada sahabat-sahabatku ke Universiti korang. Semoga berjaya memperolehi kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Monday, 22 June 2009

Child abuse~

بسم الله الرحمن الرحيم


This is what's happening to current world today. Poor child.

Teruskan membaca...

Sunday, 21 June 2009

Menuai hasil yang baik~

بسم الله الرحمن الرحيم



Ingin sekali saya kongsikan dengan anda tentang satu analogi yang cukup mudah untuk menerangkan satu sifat yang patut ada dalam setiap daripada kita. Biarlah dengan sifat ini ia menyedarkan diri kita tentang siapakah diri kita yang sebenarnya dan apakah posisi kita di dunia ini.

Sahabatku,
cubalah kita sama-sama bayangkan seorang petani yang menanam benih yang baik serta pada tanah yang cukup subur. Kemudian dia menyiram dan membajai benih ini agar ia mempunyai nutrian yang secukupnya. Dia juga tidak lupa untuk melindungi tanamannya daripada serangga dan mahkluk perosak yang lain agar tanamannya ini sentiasa dalam keadaan yang terbaik. Sambil menanti musim menuai, dia sentiasa menumpukan perhatian pada tanamannya agar tiada bencana mahu pun penyakit yang mendatang agar dia mendapat hasil tuaian yang terbaik.

Nah sahabatku, tidakkah dia layak untuk mendapat hasil tuaian yang baik di atas usahanya itu?

Begitu jualah dengan hati manusia ini, sahabatku. Sekiranya ia ditanam dengan benih keimanan, disiram dengan air ketaatan, di bajai dengan keikhlasan dan kesungguhan serta dijauhkan daripada segala akhlak-akhlak yang buruk, tidak patutkah dia mengharapkan daripada Allah untuk menerima hasil tuaian yang baik di akhirat kelak?

Ya sahabatku, dan ini juga yang dapat kita fahamkan daripada sifat ar-raja' iaitu sifat mengharap kepada Allah SWT.

Pernah atau tidak dalam kehidupan kita ini, kita tertanya, bilakah saat-saatnya aku berharap kepada Allah? Adakah hanya pada ketika kita diselubungi kesusahan? ataukah pada setiap akali kita beramal dan kita berharap Allah menerima setiap amalan kita?

Sahabatku, moga-moga kita adalah yang terakhir. Sentiasa berharap kepada Allah. Dan sifat berharap ini sahabatku, adalah sifat yang terpuji kerana ia sering mendorong kita untuk beramal dan berkerja dengan bersungguh-sungguh seperti petani yang mengharapkan hasil tuaian yang baik itu.

Ingatlah sahabatku, Allah itu Maha 'adil dan Maha penyayang. Dia pasti akan memberikan ganjaran yang lumayan pada hamba-hambanya yang mengharap kepada-Nya.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat syurga-syurga yang penuh kenimkatan, mereka kekal di dalamnya, sebagai janji Allah yang benar. Dan dia Mahaperkasa, Mahabijaksana." [Luqman, 31 : 8-9]
Sebagai pengakhiran daripada sahabatmu ini, ingin sekali lontarkan sebuah persoalan pada anda dan moga persoalan ini sentiasa bermain dalam minda kita supaya kita tidak lupa akan janji kita pada Allah suatu ketika dahulu sebelum kita dilahirkan.

Wajarkah seseorang itu mengharapkan rahmat dan kasih sayang dari tuhan yang tidak dia taati?

Wallahu'alam.

Teruskan membaca...

Abah~

بسم الله الرحمن الرحيم



Semoga Allah menetapkan hati abah untuk terus kekal di jalan dakwah ini dan juga semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada abah untuk mengislahkan ummat ini.

إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت و ما توفيقي إلا بالله عليه توكلت و إليه أنيب
"Aku tidak bermaksud kecuali untuk melaksanakan pengislahan dengan segala kesungguhanku. Dan hanya Allah-lah sebaik-baik petunjuk jalan bagiku, hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya aku kembali." [Hud, 11 : 88]

"Katakanlah (Muhammad): 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.' " [Yusuf, 12 : 108]


Ayah - Ae Man

ketika kejauhan
masihku rasa
hangat kasihmu ayah

betapaku rindukan
redup wajahmu

hadir menemaniku


terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian


ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian

disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku

erti kekuatan


terpancar kebanggaan

dalam senyummu
melihatku berjaya

bilaku kegagalan
tak kau biarkan

aku terus kecewa

dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan


tak dapatku bayangkan
hidupku ayah

tanpa engkau disisi

semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Wallahu'alam.
Teruskan membaca...

Thursday, 18 June 2009

Terimalah taubatku, ya Allah~

بسم الله الرحمن الرحيم

"Setelah itu, Allah menerima taubat orang-orang yang Dia kehendaki. Allah maha pengampun, Maha penyayang." [At-Taubah, 9 : 27]

"Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah menerima taubat hamba-hamba-Nya dan menerima zakat(nya), dan bahawa Allah Maha penerima taubat, Maha penyayang?" [At-Taubah, 9 : 104]

"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan," [As-Syura, 42 : 25]





Ya Allah,
sungguh aku tidak layak masuk syurga-Mu,
sungguh aku tidak layak mencium bau syura-Mu,
kerna dosa ku menggunung tinggi,
namun ya Allah,
aku tak sanggup ke neraka-Mu,
yang penuh dengan seksaan,
penuh dengan derita,
aku tidak sanggup menghadapi semua itu.
Ya Allah,
terimalah taubatku ini.
Ampunkan segala dosa-dosaku.
Ya Allah.
(T_T)
Teruskan membaca...

Monday, 15 June 2009

Kebenaran~

بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah SWT :

"Kebenaran itu sebenarnya daripada tuhanmu, oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu." [Al-Baqarah, 2 : 147]


اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
"Ya Allah! Tunjukanlah kami bahawa kebenaran itu kebenaran, dan berikanlah kami kekuatan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan itu kebatilan, dan berikanlah kami kekuatan untuk menghindarinya."
Ameeeen.

Teruskan membaca...

Saturday, 13 June 2009

Fathi Yakan~

بسم الله الرحمن الرحيم

13 Jun - Dunia Islam dikejutkan dengan pemergian seorang da'iyah yang cukup terkenal di medan lapangan dakwah, Syeikh Fathi Yakan, pagi tadi selepas bertarung dengan penyakitnya beberapa lama. Beliau yang merupakan Ketua Pakatan Amal Islami Lubnan meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Tarablus, Utara Lubnan. Sepanjang penglibatan dalam amal Islami, beliau dianggap sebagai salah seorang tokoh utama dan penting bagi gerakan dakwah Islam di Lubnan secara khususnya dan di seluruh dunia Islam secara umumnya. Beliau merupakan pengasas gerakan dakwah Islam di Lubnan pada tahun 1950-an.

Beliau juga telah memainkan peranan yang sangat penting dan meninggalkan sumbangan yang amat besar dalam meletakkan dasar-dasar utama kepada pemikiran dan fikrah gerakan-gerakan Islam di dunia Arab dan Islam. Di antara siri karya-karya da'awie beliau yang banyak digunapakai oleh penggerak-penggerak dakwah adalah buku "Apa Ertinya Aku Menganut Islam", "Permasalahan Dakwah dan Da'iyah" dan "Abjadiyat Tasawwur Haraki dalam Amal Islami". Karya-karya berharga beliau telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain termasuklah bahasa Melayu.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihanraya tempatan Lubnan ada tahun 1992, dan memenangi kerusi Tarablus. Beliau juga merupakan salah seorang panel Konvensyen Islam Antarabangsa. Di dalam Lubnan, peribadi beliau digambarkan sebagai seorang patriotik, seorang yang menyeru dan berusaha kepada kesatuan perpaduan, dan merungkaikan perselisihan atau perbalahan di kalangan masayarakat Lubnan, terutama sekali di antara golongan majoriti dan minoriti.

Semoga Allah mengampuni dosa beliau, meletakkan beliau bersama para Nabi dan Rasul, para Siddiqin, Syuhada' dan Solihin, mereka semua adalah sebaik-baik teman di sana. Moga Allah mengganjari semua amal beliau semasa hidup, mengurniakan kepada kita kemampuan untuk menuruti langkah perjuangan, tunjuk ajar dan contoh tauladan yang ada pada peribadi beliau.
Wahai sheikh, kita tak pernah bersua di dunia, kami berharap semoga kita akan bersua di sana nanti. Amin.

Teruskan membaca...