Tuesday, 5 January 2010

Kalimah Allah~

بسم الله الرحمن الرحيم


Baru-baru ini kita didengarkan dengan isu yang cukup hangat terutama dalam kalangan ummat Islam sendiri iaitu isu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam.

Saya banyak membaca blog-blog mereka yang memberikan pendapat berkaitan isu ini. Ada yang memberikan pandangan dengan hujjah dan nas yang kukuh, ada yang marah dan emotional, ada yang membuat statement atas tujuan politik dan macam-macam. Bila di baca, bermacam ragam manusia ni. Tapi itulah dia ciptaan Rabbul 'Alamin. Pelbagai.

Walau apa pun, setelah banyak pemerhatian dan bacaan di buat, insya Allah saya nak berikan pendapat saya berkaitan dengan isu ini.

Pertama sekali, kalimah Allah merupakan kalimah yang agung yang menggambarkan keEsaan dan Kemutlakan. Allah berfirman :
...dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [At-Taubah : 40]
Ia tidak boleh direndah-rendahkan oleh sesiapa pun jua, Islam atau pun tidak.

Keduanya, setiap makhluk di muka bumi ini merupakan makhluk Allah. Tidak ada tuhan lain selain daripada Allah dan hanya Allah sahaja yang layak disembah dan diberi total kepatuhan dan ketaatan.
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. [Al-Ikhlas : 1-4]
Jadi, tidak ada masalah untuk mahluk menggantikan kalimah Allah dengan perkataan God. Sebab sememangnya Allah adalah tuhan sekalian alam dan makhluk.

Cuma di sana, manusia dan jin sahaja yang meng'interpretasi'kan Allah dengan bentuk dan rupa serta dengan interpretasi yang salah. Ini lah perkara yang perlu di ambil perhatian. Perlu di perbetulkan. Tetapi dengan cara yang terbaik dan boleh diterima semua (bil hikmah wa mau'izatul hassanah).

Untuk itu, bagi saya, tidak ada masalah bagi sesiapapun untuk menggunakan Allah bagi menggantikan perkataan 'God' sebab sememangnya Allah lah tuhan sekalian alam. Tapi ia perlu menjaga adab-adab ketika menggunakan kalimah Allah. Tidak boleh menghina dan mencaci Allah.

Cumanya dalam konteks negara Malaysia, saya sokong dengan tindakan kebanyakan pihak yang ingin mengharamkan penggunaan Allah untuk kegunaan orang-orang bukan Islam secara rasmi. Kerana khuatir ia akan menimbulkan banyak fitnah serta penyelewangan kefahaman dalam kalangan ummat Islam sendiri. Takut-takut gejala murtad akan lebih meningkat.

Walau apa pun, daripada isu ini, saya mengharapkan sangat kita (ummat Islam) tidak bertindak mengikut emosi dalam menangani isu ini. Tangani la ia dengan penuh keimanan, kesabaran dan kewarasan berfikiran.

Biarlah dengan tindakan kita ini, ia membuka pintu hati masyarakat yang bukan Islam supaya mereka lebih mudah menerima Islam kerana sikap ummatnya yang sabar dan syumul. Bukannya semakin menolak Islam kerana kita tidak habis-habis hendak mengecam mereka yang dalam pandangan kita, seolah-olah menghina Islam.

"Kalaulah ada orang membaling kita dengan batu, kita berikan mereka senyuman dan buah."

Wallahu'alam

4 comments:

  1. salam.

    pd pndangan ana lh kn. non-muslim sendiri xfhm knp dorg dibntah dpd mnggantikn pnggunaan 'Tuhan' kpd 'Allah'. Jd, tindakan mnghantar memorendum dn mmbantah hbis2an tnpa menerangkn APA SEBAB TAK BOLEH GUNA adalah xbtol..

    non-muslim igt 'Allah' itu sama spt prkataan 'Tuhan' ataupun 'God'... kot ye pun xstuju..xsalah klau kta terangkn scr baik2 dgn non-muslim. trgkn kt dorg knp xboleh. bg dorg penerangan konsep tuhan kita dn tuhan dia mcm mana..lain... dlm masa yg sama kta boleh share Islam ngn dorg sikit2...

    klau buat bantahan hbis2an, hal ni akn mnimbulkn perpecahan dan prgaduhan ant muslim n non-muslim. lg 1 dorg akn cop kta sbg extreme. dn akhirnya ISLAM dipandang sbg agama yg ganas la ape smua...

    klau kta sndiri pun nk buat pmbaharuan trhdap sesuatu prkara yg kta baru tahu,kita suka ke org bntah n tentang kta hbis2an x tntu psal? boleh je klau org trsebut tgur dgn cara yg elok,trgkn knp xboleh begini, begitu...ada hujah n dalil..insyaALLAH org yg ditegur 2 boleh mnerima dgn baik...

    stakat ini prkongsian dpd ana....
    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  2. huhu~

    Setuju dengan cadangan....(^^,)

    thanks for the comments...

    ReplyDelete
  3. setuju dengan pandangan tuan punya blog

    ReplyDelete
  4. terkejut dgr dlm berita, tuan guru hadi kata siapa yg setuju mmbenarkn non muslim guna Allah, maka dia mhampiri kekufuran.
    tapi taktahulah kalau media reka2.

    ReplyDelete