Wednesday, 10 December 2008

Jatuhnya Sebuah Tamadun~

BISMILLAH

Okeh, Alhamdulillah, akhirnya habis gak baca buku nieh. Tajuk; Jatuhnya sebuah tamadun oleh Mohamad Nurhakim. I got this book a few days after supercamp a.k.a Ini Sejarah KITA (ISK). Saya beli buku nieh atas kesedaran nak pelajari semula bagaimana Islam itu bermula, membina tamadun, berdiri di puncak dunia, juga sehingga bagaimana ia boleh jatuh.

You know, George Santayama, a philosopher once said,
"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it."
Yep, memang betul pun. Hari ini sahaja, kita boleh lihat pada ummat manusia itu sendiri. Tak perlu pergi pada sejarah manusia atau pun sejarah negara sendiri, tapi lihat pada sejarah diri sendiri. Bagaimana banyak kesilapan yang banyak pernah dilakukan di masa lalu, tapi tetap di ulang dan di ulang dan di ulang sehingga mereka lupa bahawa kesilapan itu adalah kesilapan. Lataran daripada sikap ini, akhirnya jatuh lah nilai-nilai norma dan juga akhlak yang murni kian terhakis dalam diri. Sebab itu, sejarah penting kepada setiap individu terutama mereka yang bergelar muslim. Adalah menjadi kewajipan bagi diri kita untuk mengetahui tentang sejarah terutamanya sejarah Nabi atau Sirah Nabi Muhammad SAW.

Baik, buku yang saya beli ini hanya berkisar tentang the big picture of the Islamic civilization from the start til the end. Berkisar tentang permulaan daulah yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah, kemudian diteruskan ole para sahabat yang menjadi Khulafa' Ar-Rasyidin, seterusnya diteruskan lagi oleh kerajaan-kerajaan besar seperti Bani Umaiyyah, Bani Abbasiah dan Bani Uthmaniyah. Juga tentang kerajaan-kerajaan kecil yang pernah wujud ketika zaman kerajaan besar ini wujud, antaranya, kerajaan Idrisi, Aghlabi, Tuluni, Ikhsidi, Hamdani, Tahiri dan macam-macam lagi.

Pada zaman-zaman panjang ini sebenarnya, kerajaan Islam itu berpecah dan kebanyakkan pemimpin-pemimpin Islam atau khalifah itu sendiri, ada yang bersikap acuh tak acuh dengan keadaan rakyat, ada yang materialistik, dan ada juga yang hanya menjadi pak turut penasihat-penasihat istana. Namun, dalam ramai-ramai, hanya beberapa sahaja yang benar-benar kental jiwanya, mantap Aqidahnya dan cantik akhlaqnya seperti Khalifah 'Umar Abdul Aziz, Sultan Salahudin Al-Ayubi, Sultan Muhammad II (Al-Fatih), Sultan Saifudin Qutuz dan beberapa lagi yang inginkan Islam itu tertegak.

Tak dinafikan juga, walaupun sesetengah pemimpin kerajaan bersikap duniawi, namun lahir juga tokoh-tokoh hebat yang berjaya membawa Islam menjadi perhatian utama dunia dalam bidang -bidang tertentu seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Jabir Ibnu Hayyan, As-Shafie, An-Nawawi, Ibnu Kathir, Ibnu Rushd dan banyak lagi tokoh-tokoh yang berjuang dalam pelbagai bidang untuk Islam.

Akhirnya, sampai suatu ketika, Sistem Islam atau daulah Islamiyah itu sendiri menjadi Dai'e atau pendakwah terhadap dunia. Ia menjadi rujukan setiap negara terutamanya eropah yang pada ketika itu berada dalam keadaan zaman gelap.

Walau apa pun, bangun dan tertegaknya sebuah tamadun ini bermula dengan usaha seorang insan yang biasa yang kemudiannya diangkat darjatnya oleh Allah SWT menjadi seorang Rasul, Nabi dan kekasih Allah. Hidupnya yang banyak mehnah dan tribulasi tetap dilalui dengan sabar. Allah menceritakan perkara ini dalam Al-Quran,
"Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman. Maka jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah (Muhammad), "Cukuplah Allah bagiku; tiada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah tuhan yang memiliki 'Arasy (singgahsana) yang agung."" [At-taubah, 9 : 128-129]
Dengan perlahan-lahan baginda membentuk 'aqidah para sahabat ketika zaman Mekah. Memastikan dalam hati mereka, hanya Allah yang wujud sebagai tuhan dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul, utusan Allah. Daripada sini, lahirlah sahabat-sahabat seperti Bilal bin Rabah, Abu Bakar As-Siddiq, Sumayyah, Al-Arqam bin Abi Al-Arqam and a few more. Yang selepas daripada itu, menjadi mujahid-mujahid yang berjuang menegakkan Islam di zaman Madinah.

Nah, itu sedikit tentang sejarah Islam. Juga sedikit tentang cerita-cerita mereka yang berjuang demi Islam. Tapi itu mereka!! Mereka yang bercita-cita untuk Syahid dan tertegaknya Islam, tapi kita pula bagaimana? Mereka kekal pada landasan Islam yang hakiki, tapi kita pula bagaimana? Mereka menyeru ummat manusia untuk meng'abdikan diri kepada Allah, tapi kita pula bagaimana? Mereka juga sanggup menggadaikan harta mereka bahkan nyawa mereka demi Islam, tapi kita pula bagai mana?

Akhir sekali, ingin saya tutup dengan sebuah firman Allah SWT yang berbentuk amaran tapi Insya Allah, mari kita sama-sama ambil ikhtibar daripada kalam Allah ini,
"Wahai orang-orang beriman! Mengapa apabila diakatakan kepada kamu, "berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah," kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempat-mu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (di bandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikan-Nya sedikit pun. Dan Allah maha kuasa atas segala sesuatu." [At-Taubah, 9 : 38-39]
WaLlahu'am.

4 comments:

  1. hmm ana suke ayat yg bila kita ulang n ulang n ulang kesalahan yg same, ia akan dilupekan as something yg salah, yg xspatotnye dilakukan.
    hmmm bile da berakar, susa nk tarik. mcm ketuat (apekah??). bile ketuat da kuat mengakar dlm daging, sgt susah malah sgt sakit nk ditarik keluar n dirawat.
    hmmmm..dat explains..
    thnx!!

    -syaimaa'-

    ReplyDelete
  2. Ketuat? apekah? ish3x...
    ape daaa analogy anti nieh...tapi macam bernas gak...hahaha~

    ReplyDelete
  3. salam.....
    akhi lepas anta baca buku nia ana nak tanye ape comment anta? fokuskan kpd subjek sirah islam yg anta belaja mase spm dulu..... ade perbezaan ke x? n after anta bace buku nih ape tindakan yg anta nak buat.....? ade bnyk lg soalan tapi jwb yg ni dulu........

    ReplyDelete
  4. Haha~ ana paham ape maksud nta syeikh...macam baru lepas ISK je anta nieh...ngan ustat salam kah? jangan riso, ana tau peranan ana...insya Allah pas nie kite same2 bekerja kuat untuk tegakkan Islam...dakwah fi kampus...haha~

    ReplyDelete