BISMILLAH
Mungkin ramai yang sudah tahu tentang berita ini. Berkaitan serangan Israel terhadap Hamas di Gaza, tapi tak pe, masih belum terlewat untuk saya bercerita dan berkongsi pendapat tentang isu yang sedang berlaku di sana.
Beberapa hari yang lalu, Israel telah menyerang Gaza dengan alasan, mereka bertindak atas alasan serangan yang dilakukan oleh Hamas terhadap regime tersebut. Pada hal hakikat sebenarnya adalah mereka memang ingin menyerang dan menghapuskan ummat Islam yang berada disana. Mereka juga memberitahu dunia bahawa puncanya adalah daripada Hamas dan mereka memutar belit fakta yang berlaku. Dengan sokongan US, usaha mereka kelihatan seperti berhasil, namun, kebenaran pasti akan menang. Seluruh dunia mengecam perbuatan Israel yang meragut nyawa seramai 345 manusia yang tak berdosa dan 800 yang lain cedera (terkini).
Inalillah, semoga mereka yang terkorban ini tergolong dalam golongan yang mendapat Syahid Allah.
Walau apa pun, tragedi ini sepatutnya menjadi perhatian semua ummat Islam di dunia. Isu palestin adalah isu seluruh ummat. Bukan mereka yang berjuang disana sahaja, tapi isu kita. Mereka di sana tertindas, diseksa, bekalan disekat, tapi apakah usaha kita di tempat kita? Apakah kita nak berpeluk tubuh melihat mereka terbunuh? Setidak2nya mereka bertemu dengan Allah dalam keadaan yang mulia, tapi kita? Tidak dapat tidak, kita perlu memberi sokongan, doa, dan sumbangan untuk saudara2 kita di sana. Jangan fikirkan usaha yang sikit, tapi tanamkanlah usaha yang bersungguh2 untuk membantu mereka disana. Tanah Palestin adalah hak semua ummat Islam.
Untuk itu, langkah pertama yang boleh kita lakukan adalah mengisi petisyen kat bawah nie. Ayuh, mulakan langkah pertama kalau belum mula. Petisyen.

No comments:
Post a Comment