Friday, 15 August 2008

Semarak Ramadhan~



BISMILLAH



Insya Allah, pada 1 September 2008 ini, sekali lagi Ramadhan akan kembali men'Ziarahi' kita. Namun begitu, satu persoalan muncul dalam minda yang kerdil ini,

"Apakah aku sudah bersedia untuk menyambut Ramadhan yang mulia ini? atau aku tak sabar nak tunggu Raya?"

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang penuh rahmah, keagungan dan keistimewaannya yang tersendiri. Di dalam bulan Ramadhan juga, Allah memerintahkan ummat Islam untuk melakukan ibadat puasa.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."

[Al-Baqarah,2 : 183]



Tidak lain dan tidak bukan lagi, tujuan kita berpuasa adalah untuk menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah. Di dalam bulan Ramadhan itu sendiri, banyak peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam itu sendiri. Antaranya adalah Nuzul Al-Quran, Peristiwa perang Badar dan juga malam Lailatul Qadar. Namun begitu, terdapat juga peristiwa yang best bila masuk sahaja bulan Ramadhan iaitu peristiwa Iblis dan Syaitan dikurung oleh Allah. Dalam bulan ini sahaja lah, Iblis dan Syaitan tidak dibenarkan untuk mengganggu anak Adam. Ada pendapat yang mengatakan, hanya Iblis dan Syaitan yang peringkat "General" @ yang pangkat tinggi-tinggi sahaja yang dikurung, ada juga yang mengatakan semua dikurung, tapi tak kira lah yang mana satu pun, patutnya kita ambil peluang ini dengan sebaiknya untuk beramal bakti dan beribadah dengan banyak di dalam bulan yang mulia ini.





Namun begitu, sebelum tibanya Ramadhan, adalah sangat-sangat di galakkan oleh ummat Islam untuk membuat persiapan dalam menyambut kedatangan Ramadhan. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah :

1. Perbanyakkan berpuasa.

2. Kerapkan membaca Al-Quran.

3. Qiamullail.

4. Sentiasa bertaubat dan mengharapkan kedatangnya.

5. Membaca dan mendalami Fiqh Ramadhan.

6. Melakukan pemeriksaan kesihatan.

7. Mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, sahabat dan masyarakat.

8. Melakukan keceriaan rumah.

9. Ucapkan lah "أهلا وسهلا يا رمضان" kepada semua.

10. Buat perancangan di Bulan Ramadhan.

11. Dan berdoalah kepada Allah.
Slide 4اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ

Slide 4
Moga dengan kedatangan Ramadhan kali ini, kita bersedia unuk menyambutnya dengan amal-amal kita. Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada yang sebelum ini. Insya Allah. Selamat menyambut Ramadhan dengan baiknya. Wassalam

No comments:

Post a Comment