A lunar eclipse occurs whenever the Moon passes through some portion of the Earth's shadow. This can occur only when the Sun, Earth, and Moon are aligned exactly, or very closely so, with the Earth in the middle. Hence, there is always a full moon the night of a lunar eclipse. The type and length of an eclipse depend upon the Moon's location relative to its orbital nodes. The next total lunar eclipse occurs on December 21, 2010.
------------------------------------------------------------------------
BISMILLAH
Pagi tadi, jam 3.36 am -6.34 am telah berlaku satu peristiwa. Kalau sesiapa yang berjaga, maka mereka akan experience gerhana bulan. Bagi saya pula, saya hanya mampu menyaksikan gerhana bulan ketika pergi solat subuh di masjid. Pagi tadi, dalam jam 3.00 am, abah mengejutkan saya untuk bersama-sama pergi ke masjid TSPP untuk mendengarsedikit khutbah dan solat sunat gerhana bulan. Namun, apakan daya, saya tersangatlah letih sebab traveling satu hari dari JB ke Seremban n balik ke JB semula. So, jam 3 am tu, abah terpaksa la pergi seorang diri ke masjid. Saya tidak pasti berapa ramai yang berada di masjid, tapi bila saya datang untuk solat subuh berjemaah, saya melihat memang jemaah sedang menanti solat subuh. Yang lagi pelik adalah, anak-anak muda dalam lingkungan 10-16 tahun pun ramai yang ada. Biasa kalau saya datang subuh di masjid, yang nampak hanya golongan pak cik2 je, tapi mungkin kerana peristiwa gerhana bulan nie, mereka datang untuk berjemaah bersama.
Semalam adalah 15 Sya'ban, pada masa yang sama, berlakunya gerhana bulan. Bagi saya, ini adalah salah satu tanda dari Allah untuk membuktikan kekuasaan-NYA sama ada di langit mahu pun bumi. Semua ini Allah perlihatkan untuk kita berfikir tentang kekuasaan-NYA.
Wassalam.
Semalam adalah 15 Sya'ban, pada masa yang sama, berlakunya gerhana bulan. Bagi saya, ini adalah salah satu tanda dari Allah untuk membuktikan kekuasaan-NYA sama ada di langit mahu pun bumi. Semua ini Allah perlihatkan untuk kita berfikir tentang kekuasaan-NYA.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang berakal, (iaitu) orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memeikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "ya tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia, maha suci engkau, lindungilah kami dari azab neraka""Kesimpulannya, kita (manusia) adalah mahkluk yang mempunyai akal. Satu kelebihan yang Allah berikan kepada kita melebihi makhluk lain. Dengan akal ini lah kita sepatutnya memikirkan tentang keagungan dan penciptaan Allah. sambil membina ketamadunan Islam dengan sempurna, bukan menggunakan akal untuk melakukan kerosakkan di bumi. Moga kita akan menjadi insan yang lebih bertaqwa bila kita merenungi semula firman Allah ini. Wallahu'alam.
[Al-Imran, 3 : 190-191]
Wassalam.
No comments:
Post a Comment