Wednesday, 27 August 2008

I'm a MUSLIM and proud to be a MUSLIM~

BISMILLAH


Dewasa ini, menjadi seorang muslim merupakan satu cabaran yang perlu ditempuhi oleh setiap individu yang bergelar muslim. Lebih-lebih lagi bila idealism barat berleluasa. Namun begitu, perkara ini sepatutnya memperkukuhkan lagi benteng pertahanan Iman yang bertapak dijiwa setiap individu muslim.

Ramai dalam kalangan ummat Islam masa kini tahu bahawa mereka adalah orang muslim, tapi tahukah mereke tentang pengertian dan penghayatan kalimah "muslim" itu?

Muslim dari sudut bahasa beerti "menyerah diri" manakala dari sudut istilah pula beerti menyerahkan diri sepenuhnya menjadi seorang hamba yang serendah-rendahnya kepada yang Maha Esa yakni Allah. Bila kita menyerah diri sepenuhnya kepada Allah, beerti kita taat melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang sekali gus menjadikan kita Insan terbaik yang Allah pilih.
"Kalian (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang maaruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah..."
[Ali 'Imran, 3 : 110]
Bila kita menjadi seorang individu muslim, perkara pokok yang perlu kita fahami adalah berkenaan dengan 'Aqidah atau Pegangan. 'Aqidah yang kukuh ibarat pokok seperti dalam firman Allah :
"Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik (tauhid) seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit, (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat. dan perumpamaan kalimat yang buruk (kufur) seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun."
[Ibrahim, 14 : 24-26]
Untuk menjadikan akidah kita benar-benar diiktiraf sebagai 'Akidah seorang muslim, kita hendaklah:
  1. Mengimani dan meyakini bahawa pencipta Alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana.
  2. Mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak menciptakan alam ini tanpa tujuan.
    "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bag orang yang berakal." [Ali 'Imran, 3 : 190]
  3. Mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah.
  4. Mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup manusia didunia ini adalah untuk mengenal Allah.
    "Dan Aku tidak menciptakkan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." [Adz-Dzaariyaat, 51 : 56]
  5. Mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah ganjaran bagi mukmin yang taat dan neraka adalah balasan bagi orang-orang kafir.
  6. Mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan (penciptaan dan penggubalan) undang-undang adalah hak mutlak bagi Allah.
  7. Mempelajari dan berusaha untuk mengetahui nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah.
  8. Berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan berfikir tentang zat Allah.
  9. Mengabdikan diri kepada Allah semata-mata dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.
  10. Bertawakal kepada Allah dalam semua urusan.
    "Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)-nya." [Ath-Thalaaq, 65 : 3]
  11. Bersyukur kepada Allah di atas nikmat dan kurniaan-Nya yang tiada terhingga.
  12. Sentiasa meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.
Memang tidak dinafikan bahawa kadang kala, Iman itu ada yang naik dan ada yang turun. Tapi ketahuilah, itulah lumrah kejadian manusia. Tidak sempurna dari semua aspek. Kesilapan yang telah dilakukan sebenarnya adalah satu tarbiyah dari Allah untuk kita perbaiki diri.

Bila mana kita berusaha kearah mencapai 'Akidah yang mantap, segala amal tidak lagi akan menjadi bebanan bahkan ia menjadi satu dorongan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Ia juga akan menjana tenaga dan kekuatan dalaman untuk kita ber'izzah dengan Islam. Dalam pemakaian, penutupan aurat bukanlah satu bebanan, dalam pergaulan, batasan secara automatik dijaga, dalam berkerja, kepenatan dianggap peringatan dari Allah, dalam belajar, ilmu itu diharap menjadi menfaat untuk Islam dan dalam beramal, ia mengharap mendapat keredhaan dari Allah.

Alangkah indahnya menjadi seorang Muslim yang benar-benar bertaqwa kepada Allah. Seperti tajuk saya di atas,

"Saya seorang Muslim dan saya bangga menjadi seorang Muslim."

WasSalam~

2 comments:

  1. seem i have read this post,in book....
    never mind at least you have an effort....

    ReplyDelete
  2. hmm...Yep...may be you have...
    Got it from the book "Apa erti saya menganut Islam..." by Fathi Yakan...

    ReplyDelete