Friday, 5 June 2009

In the absence of light~

بسم الله الرحمن الرحيم

Al-Kisah :



Suatu hari, ada la seorang lelaki yang bernama si F. Dia masuk ke satu bilik untuk mengambil sebutir permata yang saaaangat bernilai. Bilik nie, saaaaangat lah luas. Size dia, 20 m x 20 m. Sangat besar. Kemudian, bilik nie juga tidak ada tingkap. Hanya ada satu pintu sahaja. Pintu dia pun tak de la besar sangat. Lebih kurang tinggi si F saje.

Dalam bilik ini, terdapat baaaaaaaanyak sangat barang. Tapi kesemua barang ini tersusun dengan rapi dan kemas. Permata yang si F ingin ambil terletak di atas sebuah almari yang saaaaangat tinggi di hujung sebelah sana pintu masuk bilik. Walaupun bilik ini kelihatan penuh dan padat, tapi kerana semua barang-barang yang terdapat dalam bilik ini tersusun dengan baik dan kemas, si F boleh lihat dengan jelas laluan untuk ke permata tersebut. Bagusnya bilik ini, ia penuh dengan lampu di siling. Bahkan, lampu-lampu ini, semuanya cantik-cantik belaka yang menyinarkan cahaya yang cukup terang. Senang kata, memang sangat mudah la kalau si F ingin mengambil permata tersebut.

Dengan keyakinan yang ada, si F pun memulakan langkah untuk mengambil permata tersebut. Sebaik sahaja si F melangkah setapak ke hadapan, pintu di belakang tiba-tiba sahaja tertutup dengan rapat. Kemudian lampu-lampu yang ada, semuanya dimatikan. Keadaan dalam bilik menjadi saaaaaangat gelap. Ia menyukarkan si F untuk berjalan dan bergerak.

Dengan instinct yang ada, si F meyakini laluan untuk ke permata seperti yang dilihat sebelum ini. Tapi, baru sahaja berjalan beberapa kehadapan, dia terlanggar dengan sesuatu dihadapanya.

*Buk* Jatuh si F.

Dalam keadaan yang agak bingung, si F bangun semula tapi kini dia sudah tidak pasti di manakah hadapan, kanan, kiri dan belakang bilik itu seperti yang dilihatnya awal-awal ketika baru sahaja masuk kedalam bilik. Tapi sebab ingin mendapatkan permata punya pasal, si F teruskan berjalan kehadapan. Lagi kehadapan si F berjalan, semakin banyak barang yang dilanggar. Bilik ini daripada asalnya sunyi sepi, kini menjadi agak bising dengan bunyi barang-barang yang berjatuhan dan lari daripada susunan.

Kini, si F meyakini, adalah mustahil baginya untuk mencari kedudukan permata tersebut. Dengan kegelapan yang menyelubungi bilik itu, dan juga barang-barang yang bersepah memustahilkan sebanyak 99.99% untuk mencari permata tersebut menjadikan si F hilang tujuan. Lalu si F berputus asa. Tapi kini, sudah terlambat untuk si F berputus asa. Pintu keluar tidak dapat dicari. Akhirnya si F mati keseorangan dalam bilik yang tertutup tu.

-Tamat-

Analoginya?

Dahulu, sebelum diutusnya Nabi Muhammad SAW untuk menjadi rahmatan lil 'alamin, masyarakat 'Arab hidup dalam zaman jahiliah (in other words = kegelapan). Mereka hidup dalam keadaan yang sangat teruk. Masyarakatnya pula hilang matlamat dan tujuan hidup. Sistem kehidupan menjadi porak peranda daripada rumah tangganya, sosialnya, ekonominya hingga kepada politiknya. Tamadun dan moral masyarakat pada ketika itu jatuh dengan teruk. Cuba bayangkanlah melalui sirah Rasulullah SAW tentang kehidupan sebelum kelahiran baginda.

Kemudian, Allah mengutuskan sebuah cahaya untuk menerangi kegelapan masyarakat 'Arab pada ketika itu. As time goes on, sinar cahaya ini semakin kuat dan bertambah banyak sehingga suatu masa, seluruh jazera 'Arab diterangi dengan cahaya tauhid. Cukup indah. Semua sistem-sistem kehidupan kembali tersusun dan tertegak. Dengan cahaya yang terang membuatkan mereka melihat jelas dengan matlamat dan tujuan mereka dihidupkan. Akhirnya, masyarakat ini menjadi masyarakat yang paling bertamadun dalam dunia suatu ketika dahulu.

Kini, ummat ini jatuh semula ke lembah kehinaan. Jahiliah yang berleluasa menyebabkan kehancuran. Sistem keluarga porak peranda, sistem ekonomi hancur, politik sudah dicemari dan masyarakat sendiri hanyut dengan arus jahiliah ini. Bila cahaya Ilahi sudah hilang daripada hati, maka kehancuranlah yang bakal menjelang.

Namun, dalam kegelapan ini, terdapat juga cahaya-cahaya kecil yang cuba menyinarkan kembali cahaya Ilahi ini. Sekalipun kecil, tapi sekiranya cahaya-cahaya ini dikumpulakan kemudian disebarkan, pastinya ianya akan kembali menyinari alam ini seperti mana yang telah Rasulullah SAW lakukan pada zaman baginda.

Cuma satu persoalan yang saya ingin tujukan pada semua, apakah kita ingin terus bergelumangan dalam kegelapan ini? ataukah kita sendiri yang menjadi salah satu daripada cahaya-cahaya kecil ini yang akan menyinari kegelapan dengan cahaya yang kita miliki ini?

Ia menjadi pilihan kita. Pilihlah.

Allah berfirman :


"...Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai mekah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang mebelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah menjanjikan (balasan) yang sebaik-baiknya..." [Al-Hadid, 57 : 10]
Wallahu'alam.

1 comment:

  1. 1.nice one.. 2.analogi lain..orang yang buat salah,yang masih tercari-cari arah untuk dapat mutiara itu dengan disuluh cahaya perlu terus sentiasa berusaha sehingga cahaya lampu itu kembali menyala..(kaitan antara usaha n hidayah.. ankabut:69)

    ReplyDelete