Sunday, 24 May 2009

Janji Melayu~


BISMILLAH

Hmm....biasanya, apakah yang terbayang dalam minda kita bila kalimat di atas menjadi sebutan?
-
-
-
Boleh kata, ia merupakan ungkapan negatif yang merujuk kepada janji yang tidak ditepati. Tapi kenapa "MELAYU"? Kenapa bangsa ini yang menjadi point dalam statement ini? Kenapa tak letak je bangsa lain? Negroids ke? Caucasion ke? Chinese ke? or any other race which seems more fit to it? Adakah ia menunjukkan bahawa bangsa ini telah jatuh standardnya hingga ke satu point, sehingga ia boleh di jadikan indicator kepada satu perjanjian yang sukar ditepati? Kalau beginilah keadaannya, maka amatlah MALU kepada mereka yang mengaku diri mereka sebagai bangsa Melayu. Begitu juga saya, sebab saya adalah seorang Melayu. Saya malu sekiranya bangsa saya, standardnya jatuh sedemikian rupa.

Tapi secara realitinya, bukankah ia begitu? Memang seringkali saya melihat, ramai yang meng'ia'kan theory ini. Perjumpaan yang diminta untuk datang tepat pada masanya, setengah jama selepas masa yang dijanjikan, barulah nampak muka-muka yang baru nak datang. Itu pun kadangkala ada juga yang datang lewat lagi.

Dan yang paling common berlaku, bila waktu kelas atau pun kuliah. Kalau sekiranya kelas atau kuliah bermula jam 8.00 pagi, dan sepatutnya datang awal sedikit untuk membuat preparations for the class, maka yang biasa datang lewat adalah rakan-rakan melayu juga. And obviously, you could guess who usually comes early, rakan-rakan berbangsa china jugaklah yang selalu datang awal.

Kalaulah masalah ini berlaku sekali-sekala, mungkin ia boleh dimaafkan, namun begitu, perkara ini seolah-olah menjadi trend ataupun habit untuk datang lewat. Maka tak salah lah andai bangsa Melayu ini boleh menjadi sebahagian daripada ungkapan "Janji Melayu" yang merujuk kepada perjanjian yang sukar untuk ditepati. Dan juga tak hairanlah kenapa bangsa Melayu ini sukar untuk membangun dan berdiri diatas kaki sendiri dalam dunia realiti masa kini.

Dan Allah berfirman :

"...dan penuhilah janji, kerana janji itu pasti akan diminta pertanggungjawapannya." [Al-Isra', 17 :34]

"...dan orang-orang yang menepati janji apabila berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kemelaratan, penderitaan, dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang-orang benar, dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa." [Al-Baqarah, 2 : 177]

Sekarang saya tidak mahu berbicara pasal rasisme lagi, sebab ia tidak akan membawa apa-apa faedah sekiranya saya menyalahkan satu bangsa. Hakikatnya, setiap bangsa mempunyai kelemahan, dan kelemahan ini hanya boleh di atasi bila mana bangsa itu menyedari kelemahan mereka dan mengambil inisiatif untuk berubah menjadi yang terbaik.

Merujuk kepada firman Allah di atas, memang hakikatnya setiap perjanjian yang dibuat perlu ditepati. Tak kira bangsa. Dengan ketepatan janji yang dibuat, ia menjaga hak individu atau kumpulan lain serta memberikan ruang masa kepada mereka untuk melakukan aktiviti lain yang membawa manfaat. Sekali gus, ia membawa kepada sifat saling hormat-menghormati antara satu sama lain, di mana dalam hendak memupuk semangat kerjasama, sifat ini amatlah perlu lebih-lebih lagi dalam negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum yang duduk dibawah satu bumbung yang sama iaitu Malaysia. Dan mungkin, propaganda yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Yang Berbahagia Dato' Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia boleh direalisasikan bila mana sifat ini berjaya dipupuk. Tiada perkauman yang dipuja, cuma suruhan Allah sahaja yang menjadi panduan dan ikutan.

Moga-moga bangsa Melayu ini tidak terus menjebakkan dirinya kelembah penghinaan. Bangkitlah, dan berubahlah. Hiduplah dengan norma-norma Islam yang menyeluruh.



"Islam promotes PEACE. Islam is for ALL."

Wallahu'alam.

*p/s : Sesungguhnya penulis bukanlah bercakap omong kosong dan tidak melakukan apa yang dikatakan. Tetapi penulis berani berkata sedemikian kerana penulis mengambil ikhtibar daripada kisah lalu yang menjadikan penulis berazam dan terus thabat untuk penuhi setiap perjanjian yang dibuat. Moga peringatan yang tak seberapa ini dapat memberi sedikit pengajaran kepada kita agar kita menjadi ummat yang terbaik.

4 comments:

  1. alaa.boleh la.kalau cakap janji melayu nta tak terasa.haha.lalala.time to change.cing.

    ReplyDelete
  2. btol2... asim kan .. haha... xnk ckp.. nnt ko mara aku... :) tp kdg2 kte da cbe dtg on time, tp de bnde2 yg xdpt nk elak... tol x asim ?? time kat kL tuh.. dak2 pmpuan tgu dak laki.. hurm... kan de mslh yg jd kat korg.. so... xleh gk nk ckp janji mlayu tuh... bergantung smada org tuh sngaje dtg lmbt or de mslh... wallahua'lam..

    ReplyDelete
  3. asim.. ejaan tuh btol kan yer.. malasah tuh pe bende ?? bhasa mlyu xde malasah.. masalah yer... haha... xpe2, blaja la tulis byk2 ayat bhasa malyu yer.. :p

    ReplyDelete
  4. to izni :

    huhu~ okeh2...kalau yang salah nanti aku betulkan...

    hmm...I post bende nie untuk merujuk kepada mereka yang susah nak tepati masa sebab tak arrange masa dengan baik or memang tak arrangge mase sendiri serta macam ambil kisah tak kisah je dengan janji yang dibuat...

    kalau ade aral yang melintang, itu boleh dimaafkan laaa...huhu~

    ReplyDelete