Monday 10 November 2008

Survey and Mapping 1~

BISMILLAH

Alhamdulillah, sudah 3 paper berlalu, dan kini tinggal lagi 3. Hari ini, pada jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang, insya Allah aka ada satu paper iaitu Survey and mapping 1. Ni Dr. Bahrin nyer kelas. One of the subject yang sangat menarik, tapi susah betul nak skor (for me la) sebab soalan yang Dr. Bahrin bagi biasanya direct gile. Tapi pape pun, dengan persiapan yang telah di buat, insya Allah kami akan berjuang berhabis-habisan hari ini (fuh...bunyi cm nak gi perang jek). ALLAHUAKBAR!!

Sebenarnya, tah kenapa, tapi sejak pulang daripada program Keindahan Bersama Islam bersama-sama dengan sekolah-sekolah teknik sekitar JB dan Sekolah Teknik JB Kluang, motivasi dan keyakinan diri bertambah-tambah, lebih-lebih lagi bila diberi amanah oleh pihak urusetia untuk mengendalikan beberapa slot. Rasa bersemangat bila tengok adik-adik peserta begitu komited dalam melaksanakan program serta se"kepala" dengan kami. Hahaha~ dan Alhamdulillah semangat itu, Allah kekalkan sehingga hari ini untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini.

Pape pun, kepada mereka yang sedang berada dalam kemelut Exam dan tension sangat-sangat, bersabarlah, dan sabarlah di atas kesabaran itu dan yakinlah pada Allah. Insya Allah, Allah akan membuka dan memberi jalan keluar bagi mereka yang bersabar. Teruskan berusaha dengan bersugguh-sungguh, dan banyakkanlah berdoa, agar kejayaan kita, bukan sekadar kejayaan di dunia, bahkan di akhirat jua. "Bi taufiq wannajah ila kulukum".

WaSsaLam~

1 comment:

  1. salam...
    good luck for ur exam...
    gambate kudasai!!!

    ReplyDelete