Wednesday, 9 July 2008

Sayu~

BISMILLAH

Sigh~ penatnya. Okeh, I just came back from Seremban malam tadi. Balik ngn mama naik kete Honda. Saya ke Seremban hari selasa petang, jam 4. Pergi sana bertujuan nak ziarah mak long and temankan mama driving balik. So, sepanjang 28 jam berlalu, a few moments were recorded in this small yet powerful brain.

Nak cite gini r. Before this, I only heard news from mama about mak long nyer situation je. Kalau baca blog sebelum nie, you could imagine her situation from what I mentioned. Tapi semalam malam, mase ziarah mak long kat ICU, bila tengok sendiri mak long depan mata, terasa saaayu sangat hati tengok keadaan mak long. Kaki dia kena cucuk besi, badan dia masuk tiub, tangan kena simen, mulut sumbat tiub, pastu kepala dia plak kena tahan ngn besi supaya tak gerak2. Ya Allah, bila tengok keadaan mak long, merintih rase hati nie. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Terbayang gak, what it would be if I were in her place. Pasti sangat, sangat, sangat menderita. Nak gerak pun tak boleh, nak cakap pun tak boleh. Mama ade cakap, kalau boleh, jangan nangis depan mak long, takut nanti mak long susah hati, bila da susah hati, takut susah nak nafas, n terus ngn chain reaction problem. But that night, I could not hold back. Tah macam mane, bile bercerita ngn mak long about my days before, during and after the MHS, tetiba mengalir plak air mata. Sebak hati ini. Mane tak nyer, mak long masih lagi nak cuba bagi semangat kat saya bila tau kisah kena tukar kos la and sebagainya. Dalam keadaan cm tu pun mak long masih kuat nak bagi motivasi kat anak sedara dia yang sorg nie. Pekh~ mane tak terharu.

So, malam tu pas da habis tengok2 mak long, kami pun pulang ke rumah atok untuk berehat. N esok nyer, xtvt same cm hari nie, ziarah mak long lagi sekali, pastu petang tu balik JB ngn mama.

Pape pun, kesimpulan nyer kat sini nak cite, kadang2 ujian yang Allah bagi kat dunia nie, tak semestinya kena kat kita baru kita nak sedar, tapi mungkin orang terdekat dengan kita. Ia menjadi peringatan kat kita bahawa mati itu pasti dan tak kira masa. Kita mungkin bergelak ketawa sekarang, tapi esok lusa, mana tau, kita sedang menangis meratapi kematian insan tersayang. Atau kita sedang menyesali kehidupan di dunia kerana tak sempat nak bertaubat. Pape pun, Hikmah Allah itu Maha Hebat dan tersembunyi. Segala sesuatu yang Dia jadikan ada sebab di sebalik kejadian. Maka elok lah kita sebagai hamba yang kerdil lagi hina dina ini, patut merasa bersyukur sangat2 dengan pemberian-NYA yang cukup sempurna.

So, saya akhiri nukilan saya pada malam ni dengan sebuah kisah tentang Ar-Rasul SAW tentang betapa syukurnya dia sebagai seorang hamba. Harap lah sangat, ia menjadi renungan buat diri kita yang serba dhaif ini. Ketika baginda SAW bersolat diwaktu malam sehingga bengkak2 kakinya. Lalu 'Aisyah RA bertanya kepada baginda :

"Mengapakah engkau berbuat demikian wahai Rasulullah SAW? pada hal Allah telah mengampuni segala dosamu yang terdahulu dan terkemudian?"

lalu Rasulullah menjawab :

"Apakah aku tidak mau menjadi seorang hamba yang bersyukur?"

2 comments: