Tuesday, 22 April 2008

Ukhuwah Islamiah!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Allah SWT berfirman
:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat."

(Al-Hujurrat,49 : 10)
Sabda Rasulullah SAW :

"Tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga kamu menyayangi saudara kamu seperti mana kamu menyayangi diri kamu sendiri."
(Bukhari dan Muslim)

Ukhuwah Islamiah adalah sesuatu yang sangat dituntut di dalam Islam bahkan ia adalah sesuatu yang mesti wujud dalam kehidupan seorang yang bergelar muslim. Tiada satu pun manusia di dunia ini mampu hidup keseorangan. Manusia saling memerlukan untuk mencapai kejayaan samada di dunia mahupun di akhirat.

Dalam pembentukkan ummah, ukhuwah merupakan sebahagian daripada rukun yang mesti ada bagi setiap individu muslim. Ukhuwah ini bukanlah sekadar hubungan persahabatan sesama manusia tetapi ia lebih dari itu. Ia tidak sama seperti persaudaraan orang-orang bukan Islam. Persaudaraan yang kadang kala hanya berteraskan wang, harta, pangkat atau nama. Atau mungkin lebih dari itu iaitu penampilan atau nafsu. Namun demikian, hubungan seperti pasti tidak akan kekal kerana setiap yang wujud pasti akan mati kecuali Allah SWT. Contoh seperti bersaudara kerana harta, andai satu hari saudara kita tidak mempunyai harta lagi, maka terputuslah hubungan itu, atau pun kerana penampilan, kita bersaudara kerana penampilan yang cantik dan bergaya, ddan andai satu hari, Allah menarik nikmat ini dan menjadikan saudara kita hodoh,maka terputuslah hubungan itu. Lain pula dengan "Ukhuwah" yang di sebut oleh Allah dan rasul-NYA dimana kita menyayangi saudara kita kerana Allah dan mengharapkan hubungan yang terjalin ini mendapat redha dan rahmat-NYA.

Di zaman rasulullah SAW, bagaimana kalau kita melihat hubungan yang dibina oleh Baginda SAW dengan para sahabat, begitu akrab sekali. Bagaimana sahabat menyayangi rasulullah SAW sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi melindungi kekasih Allah yang teragung ini. Disebabkan ini lah keimanan mereka begitu kukuh dan sempurna lantaran itu Allah menjanjikan syurga bagi mereka.

Dalam kehidupan seharian kita, pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, "sanggupkah aku mempertaruhkan nyawaku demi keimanan dan maruah sahabatku?" "adakah aku betul-betul mencintai sahabatku kerana Allah?"...andai tidak pernah, maka persoalkanlah diri sendiri. Biar kita pastikan kita mencintai sahabat kita kerana Allah, kerana ingin menjalinkan hubungan silaturrahim dan membina ukhuwah Islamiah.

Deen Islam adalah Deen yang diredhai Allah. Namun, bagaimana kita hendak mencapai keredhaan Allah daripada Deen ini? Ummah ini hanya boleh terbina bila mana umatnya bersatu hati dan menyayangi saudaranya seperti mana mereka menyayangi diri mereka. Bila terbinanya ummah yang kuat dan mantap ini, maka Deen Islam tidak lagi akan diperkotak-katikkan oleh orang-orang yahudi dan nasrani. Tidak lagi mudah untuk dihina oleh mereka yang kurang memahami kesyumulan Deen Islam ini. Tidak lagi terus berada di bawah puncak dunia, ketinggalan dengan arus perubahan dari segi sains dan teknologi. Islam pasti akan tertegak dimuka bumi Allah yang mulia ini dan umatnya akan menjadi KHALIFAH yang menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment