Wednesday, 30 April 2008

Mini Jaula!

BISMILLAH....
Assalamu'alaikum WBT,

MINI JAULA, itu lah yang terlintas dalam fikiran ku beberapa hari yang lalu. Sebelum ini, abang saya (yeop) pernah mengusulkan ingin membuat "JAULA TARBAWI" ke Indonesia, dan keluarga saya sangat lah berminat untuk menyertainya. Semua persiapan telah dilakukan yang tinggal cuma hendak pergi ke sana sahaja. Namun keadaan seperti tidak mengizinkan. Saya tidaklah pasti sangat, tetapi mengikut informasi yang diberikan oleh yeop, katanye ramai yang berminat tapi masih tak nak mendaftar. So, setakat nie dalam list mereka yang sudah mendaftar, hanyalah keluarga kami. So, pape pun, bile terfikir pasal Jaula jauh-jauh, satu persoalan terlintas dalam minda, "Why not if I go for a walk around JB and see how the city goes before I go to Indonesia again?". Hmm...betul, sebelum kita merantau ke negara orang, bukankah lebih baik kita merantau negara sendiri dulu? Pelajari kesenian, kebudayaan juga sejarah negara sendiri, agar bila sudah sampai di negara orang, baru lah kita boleh bercerita tentang negara sendiri. So, before I started my journey, I did some preparations and plans; where I want to go, how long will I be there and also what I want to gain from each place I visited. And so, bermulah cerita mini jaula daku di bandar JB dan sekitarnya (not much but still, its a great experience for me).

I started off at Masjid Sultan Abu Bakar. Masjid Sultan Abu Bakar merupakan masjid yang penuh bersejarah. Ia menjadi salah satu kebanggaan Sultan Abu Bakar di zaman pemerintahannya pada abad ke-19. Ia mula-mula di bina pada tahun 1311 Hijrah bersamaan 1893 Masihi. Masjid ini mengambil masa selama lapan tahun untuk siap. Pada tanggal 1 syawal 1317 H, bersamaan 2 Februari 1900, hari Jumaat, masjid ini sempurna berdiri di atas kakinya dan dirasmikan sendiri oleh baginda Sultan Abu Bakar. Antara mereka yang banyak berjasa dalam menyiapkan masjid ini, adalah YB Dato' Yahya bin Awaluddin, Jurutera projek dan Tn Hj Batuwif Mohamed Arif bin Punak, pengusaha kerja projek. Alhamdulillah, dengan usaha yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu, masyarakat Islam masa kini masih lagi menggunakan masjid Sultan Abu Bakar ini untuk solat dan pelbagai program keagamaan.

'Asim di hadapan masjid Sultan Abu Bakar

Setelah puas menela'ah (huh?betul ke?) masjid Sultan Abu Bakar, saya menuju ke destinasi saya yang seterusnya iaitu Zoo negeri Johor. Zoo ini terletak bersebelahan dengan masjid Sultan Abu Bakar. Walau pun zoo ini tak seberape besar, namun saya gembira sangat sebab dapat gak pergi zoo setelah sekian lama saya tak pergi. I think the last time I went to a zoo was in England. Masa tu, sekolah lama saya selalu mengadakan lawatan ke "Butterfly Garden, Farms, Flower Garden, Zoos and mini Zoos", dan masa itu saya berasa sangat seronok sebab dapat berjalan-jalan dan melihat makhluk ciptaan Allah yang lain. Setibanya saya di zoo negeri Johor, saya mula meniliti setiap haiwan yang ada, saya ambil gambar, catat nota, ambil info tentang haiwan-haiwan yang baru dan juga memberi makanan kepada beberapa haiwan yang jinak. Yang paling best dapat jumpa satu binatang baru yang saya tak pernah nampak setakat nie. Nama dia Benturong. Ia adalah sejenis haiwan mamalia dalam keluarga musang. Saiznyer agak besar dan berwajah garang. Tapi sayang nyer tak dapat nak amik gambar Benturong sebab depa lari masuk lubang bila nampak flash camera. Tapi haiwan yang lain dapat jugak tangkap gambar depa. Antaranya adalah seperti kat bawah nie.

Rakun yang comel...hahaha

er...tak tau name...tak de info, tapi yang penting dia adik-beradik burung unta...cume berwarna-warni sikit...hohO~ Besa woo...

Tapir Malaysia....pekh...Besa giler...kalah babi hutan....

Setelah puas berkeliaran kat zoo, saya pun pergi ke Muzium DiRaja Sultan Abu Bakar Istana Besar Johor. Dahulunya, muzium ini merupakan sebuah Istana yang berdiri megah di zaman baginda Sultan Abu Bakar. Istana ini sungguh lah luas, tapi saya tak de la nak pergi dari satu penjuru ke satu penjuru lagi satu. Tak de masa. HohO~ But I went inside into some useful places. Antaranya adalah Dewan Istana (Palace Hall), Bilik Singgahsana (Throne Room), Bilik Khazanah (Treasure Room), dan Bilik Koleksi Perburuan (Hunting Room). Kat bawah nie adalah gambar-gambar di luar Muzium Sultan Abu Bakar. Dukacita bagi saya kerana camera tidak dibenarkan di dalam muzium. So, saya tak dapat la nak amik gambar masa saya kat dalam Muzium nie. So, here, I learnt a lot of things. I learnt about the Johor Heritages, the Sultans History, about his administration, his room, the Banquet hall, his treasures, souvenirs from other kings, his collections, his weapons and many more. It really showed how strong the Johor Empire was back then. I was amazed with some of his properties though. Memang tak sangka, boleh melihat sendiri harta orang-orang penting nieh.

Di luar Muzium Diraja Sultan Abu Bakar Istana Besar Johor

'Asim terduduk di hadapan muzium setelah puas berjalan-jalan dalam Muzium

So, selepas penat berjalan-jalan, I headed to the city to kill some time before I went home. Makan tengah hari jap kat KFC di persada pastu jalan-jalan tengok bandar then, baru la I headed to the Hospital to go home with my mother. So, thats the end of my mini jaula. It's really an exhausting day but really fun and enjoying. It was a great experience for me. To learn what I could not learn in school or college. So, mungkin selepas nie, jika Allah mengizinkan peluang untuk saya melihat dunia ciptaan-NYA maka saya akan ambil peluang ini dengan sebaiknya untuk mencari redha-NYA juga menimba seberapa banyak ilmu daripada nikmat yang diberikan-NYA.

Sekian daripada saya dengan sedikit perkongsian mini jaula pada hari Selasa, 29th April 2008.
WASSALAM

3 comments:

  1. hm..betul2..tak salah ana begitu la cara segelintir masy barat sewaktu dlm pengembaraan mereka.. mereka akn kaji&selidik dulu tem yg mrk akan tuju..pastu bl dh smpi ke destinasi yg dituju akn byk plk soalan2 yg dilontarkan...

    hm..syukran2..mcm nak bt jg jaulah mini ni..tp sendiri2 lah..

    enta ke muzium sultan abu bakar?? kebetulan ana br hbs baca buku Surat-surat Perempuan Johor karya Faisal Tehrani..mungkin enta blh baca buku tuh n blh kaitkn bacaan tu dgn apa yg dilihat drp muzium..

    heh..cadang jek..

    -nad-

    ReplyDelete
  2. hmm...bagus...cadangan yang bagus...insya Allah ana cuba dapatkan buku tuh...sementara ade mase nie, elok gak ana tgk-tgkkan kisah2 johor nie...hehe...pape pun thx for the comments and Ideas...

    ReplyDelete
  3. konpem ngah bosan jalan2 kat c2 jek... tp mne2 pown stil de ganjaran de an? aku dok jb bpe taun pown x pnah g zoo de... haha, lalu tepi jek

    ReplyDelete