Assalamu'alaikum,
I've just surfed around my father's website (https://www.fkm.utm.my/~lotfi). And I went to our family's site. There I found a history of me and my siblings history. So, here, Iwant to share with all of you about me and myself. The history of my name where it originated. This is what my father wrote. Take a look.
Putraku
'Asim 'Abdullah bin Ainullotfi
'Asim 'Abdullah dilahirkan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur, pada 28 Februari 1989, semasa ibunya bertugas sebagai Doktor Houseman di hospital tersebut. Di dalam keluarga 'Asim dipanggil "Abang Yang".
Siapakah "'Asim" di dalam sirah ar-Rasul?
'Asim yang dengan sempenanya dinamakan 'Asim 'Abdullah ialah 'Asim bin Tsabit, seorang Sahabat yang telah gugur syahid lantaran menjalankan da'wah.
Setelah Ghazwah Uhud beberapa orang utusan daripada qabilah-qabilah 'Adhl dan Qarah datang menghadap RasuluLlah s.a.w. Mereka memberitahu baginda bahawa berita tentang Islam telah sampai kepada qabilah-qabilah mereka, dan mereka menghendaki beberapa orang dari Madinah untuk mengajarkan Islam dan al-Qur`an kepada mereka.
Bagi memenuhi permintaan mereka RasuluLlah s.a.w telah mengirimkan beberapa orang Sahabat di bawah pimpinan 'Asim bin Tsabit untuk menjalankan tugas sebagai da'i dan muballigh Islam. Mereka seterusnya berangkat untuk menjalankan tugas mereka itu. Di tengah perjalanan, di antara 'Asfan dan Makkah, berhampiran dengan sumber air kepunyaan qabilah Bani Hudzayl, para Sahabat ini mulai curiga kepada orang-orang yang menjemput mereka tadinya, kerena mereka berteriak-teriak pula memanggil Bani Hudzayl untuk menyerang mereka...
Para Sahabat ini tidak berdaya menghadapi gerombolan bersenjata yang telah menipu mereka, apatah lagi dibantu pula oleh Bani Hudzayl. Lantaran itu 'Asim dan beberapa orang Sahabat yang lain telah gugur syahid setelah melakukan perlawanan sekuat tenaga mereka.
Tiga orang Sahabat yang masih hidup jatuh sebagai tawanan di tangan Bani Hudzayl, iaitu Khubayb, Zayd bin Ditsnah dan 'Abdullah bin Thariq. Mereka dijadikan budak belian lalu dibawa ke Makkah untuk dijual... dengan tujuan untuk disiksa oleh kaum musyrikin Makkah yang sentiasa mendendami kaum Muslimin yang telah bertempur dengan mereka di Badr dan di Uhud.
Menyedari itu, 'Abdullah bin Thariq berusaha melepaskan diri untuk lari, tetapi akhirnya tertangkap juga dan dibunuh. Khubayb dan Zayd pula, kedua-duanya dibeli oleh tokoh-tokoh musyrikin untuk disiksa.
Zayd bin Ditsnah dibeli oleh Shafwan bin Umayyah untuk dibunuh sebagai balasan ke atas kematian ayahnya. Ia lalu dibawa keluar dari tanah haram. Segerombolan musyrikin Quraysy lantas mengeruminya, termasuk Abu Sufyan bin Harb, yang ketika itu masih belum memeluk Islam lagi. Abu Sufyan menanya kepada Zayd: "Apakah kamu suka jika Muhammad berada di tempatmu sekarang ini untuk dipenggal lehernya, sedangkan engkau pula berada di tengah keluargamu?:
Mendengar ini Zayd dengan tegas menjawab: "Demi ALlah! Aku tidak rela melihat Muhammad di tempatnya sekarang ini tertusuk duri sekalipun sedangkan aku duduk enak-enak di tengah keluargaku!"
Abu Sufyan berkata lagi: "Aku tidak pernah melihat ada orang mencintai orang lain seperti para sahabat Muhammad mencintai Muhammad!" ... Setelah itu Zayd lantas dibunuh.
Khubayb ula dibeli oleh 'Uqbah bin al-Harits, juga untuk membela kematian ayahnya. Ketika Khubayb diseret keluar dari daerah haram hendak disalib ia berkata: "Biarlah aku bersembahyang dulu dua rakaat, setelah itu lakukanlan apa yang kalian inginkan!"
Permintaan Khubayb ini diperkenankan, lalu ia bersembahyang dua rakaat dengan sempurna dan baik. Setelah itu ia berkata: "Kalau kalian tidak menyangka aku sengaja melengahkan waktu kerana takut mati nescaya aku bersembahyang lebih lama lagi!"
Lalu ia segera disalib. Ketika sedang diikat pada kayu salib Khubayb berdoa: "Ya ALlah! Kami sedang melaksanakan tugas Rasul-Mu. Sampaikanlah kepadanya esok apa yang dilakukan orang terhadap diri kami..." Kemudian ia berdoa lagi: "Ya ALlah! adakanlah perhitungan terhadap mereka... binasakanlah mereka semua... janganlah Engkau tinggalkan seorangpun daripada mereka itu!"
Dalam sejarah Islam, Khubayb ialah orang yang pertama bersembahyang dua rakaat sebelum mati di tangan musuh.
So, when I read about this story, it made me think about so many things. One of them is why my dad gave me this name. A lot of parents usually give good names to their children mainly because they want them to be like that name or to follow a history from the name. From my name, what I assumed, my father wanted me to become someone great like 'Asim bin Tsabit. Protect Islam with his life. Always on the Jalan Da'wah. And die as Syahid. Which is what every muslim has dreamt for. But for me, this path is still far from achievement because I still have to learn more and experience a lot. Doing this won't be easy because the more I go further, the more I will have to face. But Insya Allah, I will and want to face it with patient and a lot of duas. May this journey be blessed by Allah.
Thats it with my sharing from me, Wassalam.
Assalamu'alaikum wrwb...
ReplyDeletewhen i read this entry, i felt a feeling which i really like...a feeling which motivates me to work harder and to understand better...
what your father did, in naming you after those people who have died in the name of Allah, knowing the story behind such names actually give me a new insight...thank you for sharing (^_^)