Hati ini merintih sayu bila menonton video ini...Terasa benar apa yang di lalui ummat Islam di sana...Tapi apakan daya. Betapa lemah diri ini. Tidak mampu membantu ummat Islam disana dengan kudrat ini. Selalu di pertontonkan oleh orang ramai tentang perihal di Palestine, kesedaran itu ada, tapi, entah....hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan ini.
Mereka di sana bangga dengan Syahid mereka, tapi kita disini, bangga dengan kehidupan yang entah kemana arahnya. Hanya kemaksiatan yang bersarang di hati. Semasa menonton video clip nie, terdapat seorang ibu yang kehilangan anaknya, berkata,
"Kami membela al-Quds, kami menyeru anda semua,dan kami tanya, "adakah al-Quds hanya milik rakyat Palestine? atau milik seluruh ummat Islam? Kenapa anda semua diam-diam sahaja?" Anak-anak kami pergi meninggalkan kami di pagi hari, dan kembali di petang hari sebagai syahid, dan kamu hanya menonton mereka di television, apa yang kamu tonton? kenapa hanya menonton?"Ya Allah, betapa hiba dan pedihnya hati ini mendengar rintihan ibu ini. Tak dapat nak di bayangkan keadaannya. Kehilangan anak kerana pergi berjuang untuk tanah air yang tercinta, namun tetap redha dengan pemergian anak-anak mereka.
Terasa sungguh, kenapa kudrat ini tak mampu nak membantu mereka? Yang terdaya hanyalah menonton mereka di layar dan menangisi perjuangan mereka. Betapa ruginya kami disini. Tenggelam dengan kemewahan dunia. Lantas melupakan tanah suci milik kita. Milik seluruh ummat Islam di dunia ini. Hinanya kami kerana melupakan bahawa Palestine milik kita bersama. Betapa hinanya kami. Betapa hinanya orang-orang Islam kerana melupakan al-Quds.
"Wahai saudaraku, sabarlah. Bertahanlah. Bertahanlah. Bertahanlah. Tunggu lah kami di sana. Insya Allah kami akan berusaha untuk membantu kalian dengan seluruh kekuatan kami. Kami cintakan Palestine seperti mana kalian cintakan ia. Kami juga rindukan Syahid seperti mana kalian rindukan ia. Tunggulah kami. Kami pasti akan datang. Kami pasti membantu. Kerana kami adalah saudaramu, kami adalah Muslim. Dan kami akan pertahankan Palestine dengan jiwa kami. Tunggulah saudaraku. Sabarlah. Insya Allah, kami akan datang."WalLahu'alam.
Teruskan membaca...