BISMILLAH
Assalamu'alaikum,
Tanggal 20 Mei 2008, satu tarikh yang sepatutnya menjadi penentu bagi sesetengah orang untuk ke Alam IPT. 20 Mei 2008 telah pun menjadi tarikh yang di highlight oleh setiap pelajar lepasan matrix sesi 2007/2008 kerana sepatutnya pada tarikh ini, keputusan Peperiksaan Semester Akhir telah pun keluar. Namun begitu, setelah sekian lama menanti, sehingga jam 9.32 malam saya masih lagi berhadapan dengan komputer riba ini tapi masih gagal untuk mencari keputusan yang diuar-uarkan akan keluar hari ini. Rasa geram, tension, tertekan, marah, tak sabar, semuanya terpendam di lubuk hati. Hanya menghitung saat sahaja untuk meletus. Namun, dalam pada saya merasa sifat negatif ini kian menular dalam hati saya, teringat pula saya pada sebuah hadith Ar-Rasul SAW yang saya postkan beberapa minggu yang lalu yang antaranya berbunyi "JANGAN MARAH!".
Saya terfikir, hadith yang Baginda SAW berikan ini cukup simple tapi hakikatnya, ia mempunyai maksud yang cukup mendalam. Ya betul, dalam situasi saya sekarang, saya marah dengan pihak tertentu yang memberikan informasi yang salah pada kami. Namun, bila dimuhasabah semula, hakikatnya Allah ingin menguji kami dengan ujian terakhir sebelum keputusan kami keluar. Ujian yang mungkin tak ramai boleh lalui dan atasi, dan bagi saya, saya fikir saya telah tewas kerana tak mampu nak kawal perasaan saya ini. Mungkin kerana saya mengharapkan yang terbaik daripada usaha saya, dan bila ia tidak hadir pada tarikh yang ditetapkan, maka saya berasa tidak puas hati. Berjaya juga Syaitan menikam hati saya dengan tombak amarah. Tapi pendirian saya tetap teguh, selagi mana keputusan tidak diumumkan, selagi itu saya masih sempat untuk berubah dan muhasabah diri. Mungkin Allah ingin memberi peluang kepada kami untuk terus berdoa dan mengharap kepada-NYA. Memberi peluang kepada kami untuk mengenal pasti setiap kelemahan yang ada pada kami sebelum peluang yang diberikan tertutup.
'"Ya Allah, betapa kami merancang untuk berjaya di dunia MU ini, rancangan engkau tetap melebihi segalanya. Betapa ENGKAU mengasihi hamba-MU dan tetap memberikan peluang terakhir kepada hamba-MU untuk singkap kembali kelemahan yang ada pada diri kami agar kami tidak akan menyesal atas kesilapan kami."
Terakhir sekali, saya fikir, segala-NYA dalam tangan-NYA, rezeki kami memang telah tetap. Keputusan kami juga telah tetap. Namun, selagi Allah tidak umumkan keputusan itu, saya berharap kita terus berdoa untuk mendapat yang terbaik dan mudah-mudahan, usaha kita selama satu tahun di matriks diberkati-NYA. Bersabarlah kerana sabar itu adalah sebahagian daripada Iman. Akhir kata, semoga mendapat keputusan yang cemerlang sahabat-sahabatku, biarlah dengan rezeki yang Allah berikan ini menjadi api motivasi untuk kita terus bergerak kehadapan demi Islam yang tercinta ini.
Wassalam.

No comments:
Post a Comment